Google+

oleh: DianaA Aiskrim Jagung

Aiskrim_jagung

resipi asal dari Murnie (RN)


Created on : 24-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Bahan-bahan ( 1 bekas )

  • 2 1/2 cawan creamer coffeemate
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tin jagung krim
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
  2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
  3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
  4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
  5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
  6. Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (11)

Dsc01082
30-05-2007
Kak D, aiskrim sy tukar perisa vanilla coklat tp ada 2layer, gula turun kat bawah rasanya masa pukul xlama kot. lg sy rasa kalau kurangkan gula sikit lg elok.rasa memang sedap...
Laporan oleh: nieta399

nieta, wahh tukar vanilla coklat mesti sedap... lain kali adunan tu pukul kasi dia lama sikit kay...

Ais_cedap
15-11-2007
sy dah try buat aiskrim jagung dan coklat...
Laporan oleh: eye me
Aiskrim_jagung
30-05-2008
yes.. percubaan ke2 baru menjadi.. dulu guna blendera tak jadi halus.. kali ni guna mixer baru halus dan gebus..
Laporan oleh: nor_67
Aiskrim_coklat
30-05-2008
ambil 1/2 dari adunan yg belum di letak creamy corn dn letak choc. emulco, so terhasillah aiskrim cekelat.. best..
Laporan oleh: nor_67
Aiskrim_jagung_kiwi
12-06-2008
buat lg atas permintaan anak2, tp 1/2 bahagian ubah kpd kiwi lak.. umhhh sedapppp
Laporan oleh: nor_67
Aisjg
19-06-2008
tak sangka dpt wat ais krim macam kat kedai.... anak punya la suka.... tq resepi yang best sgt, malas nak buat bukan apa anak makan kerap..takut batuk pula, tima kasih sekali lg
Laporan oleh: sofinar
Ice_cream_jagung_diana
11-07-2008
alamak termanis skit...tp sedap ;)
Laporan oleh: tulip77
Ninaz-0031
12-06-2009
Dah buat ..miss kurangkan gula..sedap..berkrim..thank you
Laporan oleh: MissCoffee
Dsc00880
14-02-2011
Ni hasil first trial..tp rasanya menjadi..sedap sgt..dh 3 kali buat lg tukar perisa choclte & stwbery..x puas makan..TQ DianaA.
Laporan oleh: Pn Ruzi
104_0062
02-03-2011
mmmm....sedapnya eskrim jagung... :) dah macam yang beli kat kedai lak... tq resepi
Laporan oleh: CheqSueCommot
P3081118
16-03-2011
memang sedap:)
Laporan oleh: cheq da

Komen (24)

24-05-2007, bella komen :

aiskrim!!


24-05-2007, DianaA komen :

bella, anjat Kak D baru tulis2 resipi terus dah teriak Aiskrim!!!! jom meh buat aiskrim :D


24-05-2007, bella komen :

haha mmg suka ni.. nak2 ramai org tua ade kt umah.. mmg selera diorang la ni :) sng resipi kak D ni.. xde payah nak pakai whipped cream.. xsbr nk buat ujung mggu ni.. luv u kak D!


24-05-2007, ishikawa_ayumi komen :

kak D, ade x benda lain utk substitute kan creamer coffemate tu?


24-05-2007, Delila komen :

kak D boleh tak ganti creamer coffee mate tu ngan krimmer pekat manis?then tak yah bubuh gula...sb saya ni tak berapa suka bau creamer tu..atau ada cara lain?pls advice..


24-05-2007, NisaMPB komen :

D, u buat ni pakai icecream maker atau u pukul with cake mixer? kalau pukul pakai tangan, besok sure m.c punya..ehe..


24-05-2007, Delila komen :

kikiki.....teringat wat bahulu pukul pakai tangan....MC 4 hari....leh kot ganti jagung ngan perasa2 lain kak D?


24-05-2007, DianaA komen :

>>> Bella, haa cubalah resipi nih mudah dan sedap!... lain kali Kak D nak cuba coklat pulak.. tak susah2 nak carik double cream la single cream laaa.. you luv me hehe.. I lap you too.. >>> Ishikawa, substitute creamer coffeemate dengan heavy cream... selalu ice cream memang guna heavy cream.. tapi Kak D suka resipi nih guna creamer plak... >>> Delila, tak boleh ganti creamer coffeemate tu dengan krimmer pekat manis, dari segi texture dan rasa tak berapa menjadi nanti... kena gantikan dengan heavy cream... >>> NisaMPB, I tak pakai icecream maker, I pukul dengan cake mixer.. kalau nak lagi gebu... pukul 2 kali... pukul dengan tangan esok bukan MC tercabut agaknya haha...>>> Delila, boleh ganti dengan buah fresh seperti, mangga, strawberry, blueberry... kalau nak letak coklat pun boleh... sedap arrrrr...


24-05-2007, DianaA komen :

Ini gambar heavy cream.. http://khmerkromrecipes.com/photo_recipes/heavycream.jpg Apa itu Heavy Cream? Heavy Cream atau dikenali sebagai Heavy Whipping Cream mengandungi 40% kandungan lemak...


10-08-2007, mishah63 komen :

Wah baru jumpa resepi ice-cream ni, mudah sangat!! selalunya ice-cream beli di kedai aje...mesti nak cuba ni.. cuma nak tanya ..agak2 berapa lama nak biarkan ia setengah beku. boleh tak D Anggarkan? bukannya ape takut2 terlupa terus jadi air batu!!!!


27-12-2007, nor_67 komen :

saya dah cuba resepi ni tapi hasilnya tak berapa memuaskan... rasanyamemang sedap tp teksturenya kasar, tak halus mcm aiskrim kat kedai.. rasanya dah cukup lama pukul ngan cake mixer sampai pukul 2x..entah kat mana silap..


11-03-2008, zamzam komen :

kat mana nak beli aiskrim maker,ada sesapa boleh bagitau,teringin sangat nak beli.


30-05-2008, nor_67 komen :

kali ke 2 cuba baru menjadi.. knor rekomenkan pd yg nak buat tu guna mixer baru cantik. dulu knor guna blender jer, texture dia kasar.. kali ni bila guna mixerm hasil ni cukup halus dan mulus .. memang sedap, cam kat kedai..


06-02-2009, norlee komen :

dah lama sy cari resepi aiskrim ni, dapat aje sy pun cuba, pertama kali buat, anak2 tak sabar menunggu nak makan esoknya. aummah memang menjadi, mudah dan seedappp! terima kasih bebanyak pada kak D.


18-08-2009, rishami komen :

tq kerana aiskrim jagung kesukaan sy.akan cuba buat,tengok nampak sedap


01-02-2011, ntasja1 komen :

aiskrim jagung success, tq tuan punya resepi :)


02-02-2011, Pn Ruzi komen :

Smlm baru cuba aiskrim ni..menjadilah..hubby puji mcm beli kt kedai je..puas hati dpt buat sndiri..tq so much D kongsi resepi ni. Mishah 63> anggaran utk beku kalau suhu beku frezer maksimum lbh krg 4 jam dh bole beku.Lg satu kalau pukul guna mixer kek lama sikit 1 kali pukul pun tekstur dh halus.


22-02-2011, farrah sham komen :

ermmm creamer coffeemate??? siyes??? wa jimat ckit ea nk bli brg


24-05-2011, amleeya komen :

saya dah bekukan dari kul 1pg tadi, tapi sampai tengahari masih lum beku lagi ler. Tak sabar nak tunggu balik opis, entah apa ler jadinya, keras ker tak yer?


01-01-2012, zam221 komen :

mesti best bila dah siap


01-01-2012, zam221 komen :

mesti best bila dah siap


01-01-2012, zam221 komen :

mesti best bila dah siap


01-01-2012, zam221 komen :

mesti best bila dah siap


01-01-2012, zam221 komen :

mesti best bila dah siap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu