oleh: Delila Char Koey Teow Pulau Jerjak

04-05-07_2204

Resipi pakcik..ada di cafe


Created on : 23-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 Org )

  • 600g koey teow
  • 1 cawan kerang (rebus dan kopek)
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • Segenggam tauge
  • Segengam daun kuchai
  • 2 biji telur
  • BAHAN KICAP KOEY TEOW
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 tangkai cili kering (kisar)
  • 10 ekor udang (buang kulit,rebus)
  • 8 sudu besar kicap
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam,MSG dan gula secukup rasa
  • BAHAN-BAHAN TUMIS
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan-bahan kicap koew teow dengan air rebusan udang hingga lumat.Masakkan di atas api kecil hingga masak.Jangan terlalu pekat.Jika pekat tambah air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
  4. Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi.Jangan terlalu banyak.Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
  5. Masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
  6. Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
  7. Angkat dan hidang panas-panas.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (5)

04-05-07_2205
23-05-2007
Ni versi saya..
Laporan oleh: harligt

Hmm....meh le cikit..

Char_koey_teow
27-05-2007
sedap.. sedap wpun serba kekurangan.. takde kerang dan sos cili
Laporan oleh: yani

Wah...nampak sedap kak yani...Best tgk udang kak yani..merah dan menyelerakan..

Img_1938
20-06-2007
Buat kali keberapa dah lupa tp senang...tq
Laporan oleh: Natto

besarnya udanggggggggg....best2...TQ natto sb cuba

Img_1550
22-06-2007
Buat pagi tadi ... sedap thx Del
Laporan oleh: Noreen

welkem noreen...

Kuey_teow_goreng
23-11-2007
1st time wat kteow goreng....slalu wat kteow sup aje......sebonanyer takut kteow tu hancur..........ok ler ni...jnji bley mkn......
Laporan oleh: syahmi

ok le tu utk first time try..udang besaq..nyum2..


Komen (7)

24-05-2007, DianaA komen :

D suka kuay teow kerang... selalu beli je kat luar... paling best yang bungkus dengan upih fuyooo terangkat beb!


24-05-2007, Delila komen :

mane nak cari yang bungkusngan upih tu ek?


24-05-2007, shaliza81 komen :

cam sedap je, bleh cuba nih..guna upih nak bungkus? tak pnah dgr lagi..kt mana ader tuh? negri mana?


28-05-2007, Delila komen :

tu lah..tengah pikir gak mcm ne nak pakai upih nak bungkus ni...bukan senang nak dapat upih ni..


20-06-2007, abi komen :

dah lama sy cari resepi char koey teow ....tima kasi ya.....bole sy cuba...


14-07-2007, Delila komen :

cuba then tepek laporan yer abi


01-10-2007, holiksais komen :

er..air rebusan udang tu nak taruk banyak mane delila?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu