oleh: nihadriz Lasagna

Dsc01134

masakan Itali, resipi senang untuk yang baru nak belajar², masa 40 minit untuk masak)


Created on : 08-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)




Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc00066
11-01-2007
fav kmy kids... depa pi letak cheese banyak2!
Laporan oleh: umi_e

alamak..sorry baru log in, actuallya ir tu masukkan mase masak daging tu. biar byk2 so that meresap masuk dlm kepingan lasagna yg tak masak tu. anyway, saye mmg taruk byk cheese, the more the merrier..hehe =)

Img_2400
14-01-2008
nape lasagna yg atas tu jadi mengelending.. pastu jadi keras.. tp sedap.. nice sgt..
Laporan oleh: ema_azizie
R0015296
03-07-2008
mmm... finishing tak cantikla.. tapi sedap! first time wat lasagne. tq very much.
Laporan oleh: ien77

Komen (22)

22-09-2006, smile komen :

teringin nak mencuba...tapi tak faham bila guna 3 cwn air tu...adakah perlu masuk dalam masakan daging tu....?


26-11-2006, shahida maria komen :

hmmm..ni nmpk mcm mudah skt..da masa nk try gak..klu x sedap mcm na erk???lawak jerr..jgn mare..


11-01-2007, admin komen :

Gambar resipi ini dr laporan masakan. Tuan punya resipi boleh tukar dgn gambar sendiri pd bila-bila masa.


03-07-2007, meow komen :

bestnyaa...salam kenal..meow dah cuba sebelum ni kat porum lain..tak jauh beza cara buatnya pun..cuma cheese sause tu meow lebih suka guna cream cheese baru best


25-10-2007, idasayang komen :

kalau bolem hantar resepi yang bestnyaa........salam kenal.........?


11-11-2007, nulezza komen :

ooow my favourito.. mesti try! tq


20-11-2007, nana_wh6262 komen :

nak tanye skit ni lasagne tu tak boleh susun lebar sgt ke atau masa nak curahkan kuah tu kene curah kat lasagne sampai tertutp. saya penah cube tapi lasagna tu tak kena dgn kuah die jadi bile bakar lasagne tu jadi keras.


20-11-2007, nana_wh6262 komen :

setahu saya lasagna tu kene rebus dulu kan. kenapa sesetengah resipi kate tak payah rebus kalau dah bakar tu die jadik lembut. mane satu yang betul ye.


20-11-2007, nazyangcute komen :

o..kat sini ko hehe


26-11-2007, edazman komen :

nana.....lasagna tu memang kena rebus dulu...kalau tak .....tak lembutlah jwbnya....sorry nihadriz...eda tolong jwbkan....


18-01-2008, mamafarah komen :

sakit tangan cari resepi lasagna ni klu x buat gak tau tau lah


25-02-2008, minaipoh69 komen :

nak tanya skit...kulit lasagna tu keras...i pernah cuba masak lasagna tapi kulit jadi liat dan rapuh... camna tu?


25-02-2008, Ringo komen :

tolong jawab erk... "instant lasagna" tak perlu pre-boiling. klu beli normal lasagna sheet, mmg kena rebus dulu. TQ


05-03-2008, sangkura komen :

mcm bes jer .. nk kene try ni ..kuit lasana xyah masak dulu ker? . .


11-03-2008, tomoyo hime komen :

prego tu halal ke?


22-03-2008, ruhani komen :

Biasanya saya akan masak kuah balogna banyak-banyak, 1st day makan dengan spagetti, hari kedua buat (jika kuah ada lebih) buat lazagna, saya selangseli dengan white sos. iaitu panaskan butter dan masukkan tepung gandum dan campur susu segar. anak-anak memang suka. 2-3 hari tak makan nasi pun tak apa.


15-04-2008, melon25 komen :

urm..cmne a?


14-05-2008, Faréen komen :

yum..yum...lasagna ni sedap tpi kadang2 tu nak buat ni payah sikit....especially kpd yg baru nak mncuba tu.... nak mnyenangkn buat bende ni..go this page... http://www.videojug.com/film/how-to-make-lasagna


18-05-2008, Dea komen :

memang feberet & dah try sekali buatt...sedap cuma ada part lasagna a bit keras sket..tak per nanti akan try lagii...


21-05-2008, rozita rozie komen :

Instant Lasagna tu nak beli kat mana?Brand ape yang sedap..maklum la baru nak try buat..selalu makan kat pizza hut jer


10-06-2008, ibuimanzahra komen :

tak ada seafood lasagna yang macam kat pizza hut tu ke?


18-07-2008, excel2starz komen :

i nak tanya, susu tu guna susu apa yer...susu segar ker, susu cair ke..susu manis ker......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu