Google+

oleh: yaniezara Udang Goreng Kacang Panjang

Myresipi

Udang lagi..


Created on : 27-07-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yaniezara




Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • Sebatang cili merah (dihiris serong)
  • 7 batang kacang panjang (dihiris serong)
  • 7 ekor udang (dibuang kulit – tinggalkan bahagian ekor)
  • Sedikit kicap pekat manis
  • Sedikit sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula

Cara-cara

  1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama dengan serbuk kunyit & garam.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang besar yang dihiris tadi hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan udang & kacau sekejap hingga udang bertukar warna.
  4. Perasakan dengan kicap manis, sos tiram, garam & gula.
  5. Kacau sebati & masukkan kacang panjang & cili merah yang telah dihiris tadi.
  6. Gaul rata & siap untuk dihidang.









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd