Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Ayam Perap Masak Kicap™

 Submitted By On 20 July, 2012
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Lauk yang mudah penyediaannya,sesuai dijadikan lauk untuk bersahur dan berbuka...sesuai untuk ibu2 yang bekerja atau yang sibuk sepanjang hari... :)

Ingredients
  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih*- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia* - ditumbuk halus
  • 1 sb cili giling* (lebihkan jika suka lebih pedas)
  • 1 sb serbuk rempah kari*
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1/2 cawan kicap manis* (lebihkan jika suka, ikut selera)
  • 1-2 sb air asam*
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar** - hiris bulat
  • 2 biji kentang** - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato** - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau** - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah** (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang** - dihiris
Instructions
  1. Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.

    Ayam_perap.jpg
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali/periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.Tutup kuali/periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.

  3. Buka penutup kuali/periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa.

  4. Akhir sekali masukkan bahan2 bertanda ** dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.

    Ayam_kicap_hiris.jpg
  5. Siap untuk dihidangkan.Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All