oleh: DianaA Pengat Keledek Bersagu

Pengatkeledek

untuk minum petang..


Created on : 20-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Share


Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 3 batang keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
  • 1 biji gula melaka
  • 1 cawan biji sagu, direndam
  • 1 kotak santan
  • garam secukup rasa
  • gula pasir secukup rasa

Cara-cara

  1. Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
  2. Masukkan pula biji sagu, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
  3. Bila telah mendidih dan gula melaka telah larut, masukkan santan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit dan padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (3)

Pengat_keledek
20-05-2007
jeng3....dah siap cam magic kan...mmg caranya sama cam syahmi buat... :p
Laporan oleh: syahmi

tahniah syahmi... wahhh memang magic... sekejap je dah siap kan :)

Pengat_keledek
16-09-2008
salam Diana, as dah cuba bnyk kali baru sempat nak posing sementara nak tunggu waktu berbuka.. he..he.. saja tambah macaroni sbb hubby ngan anak2 suka...tq kerana berkongsi resepi
Laporan oleh: as75
Dsc_5941
16-07-2009
pengat ubi keledek purple,emmm yummy.
Laporan oleh: zaina

Komen (8)

20-05-2007, eleven komen :

I ada soalan 4 u kat sky discussions ~siapa lagi ada food blog?~...


20-05-2007, syahmi komen :

Syahmi buat tu x bubuh sagu....


20-05-2007, zara_klate komen :

D, kalo keledek tu ganti dgn pisang pun sedap jgk kan D..


20-05-2007, zbahrain komen :

sedapnya


20-05-2007, eleven komen :

aaii!!!zbahrain....belum cuba lagi dah ckp sedap...cubalah dulu...barulah cakap sedap ke x:)>barulah powerrr!!


21-05-2007, zbahrain komen :

hari ni try buat pengat ni tapi x serupa mcm dlm gambar...dalam gambar tu nampak pekat sangat....i guna 2 tin santan tapi masih tak pekat....guna keledek kuning rasa macam tak lemak...bila kunyah keledek rasa macam berhampas..pesal ye..


30-06-2007, DianaA komen :

sorry ya zbahrain D lewat jawap.... D gunakan 1 kotak santan = 200 ml... jadi pada D 2 tin santan agak banyak... keledek kuning ataupun putih pada D sama sahaja... keledek kuning rasanya akan lebih sedap dan manis... keledek rasa berhampas? mungkin terlalu banyak fibre dalam keledek tu? lagi satu santan tu akan memekat sebab biji sagu digunakan jadi ia bertindak balas macam berkanji gitu...


20-07-2011, shibu komen :

Warna menarik dan kebetulan saya suka pengat,misti cuba untuk hidangan minum petang bersama keluarga.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu