Google+

oleh: Truya Masak lemak pucuk ubi

Foto0539

Masakan kampung yang senang tapi sedap.x cukup spinggan nasi..


Created on : 06-07-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Truya




Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 ikat daun ubi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 sdm udang kering(rendam kemudian tumbuk/blend halus)
  • 6 biji cili padi
  • 1 kotak santan pekat(200ml)
  • 1 kotak air(disukat dengan kotak santan tadi)
  • 1/2 sdt ajinomoto

Cara-cara

  1. Tumbuk daun ubi bersama dengan halia dan 1 ulas bawang putih.jangan diperah airnya.gaul bersama 1/2 sdt ajinomoto tadi.biarkan lebih kurang 5 minit.
  2. Kemudian tumbuk 2 ulas bawang putih bersama dengan cili,bawang merah dan udang kering tadi.
  3. Panaskan minyak.tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.(jangan sampai garing).kemudian masukkan daun ubi dan kacau sebentar.
  4. Apabila daun ubi dah agak lembut,masukkan air dan santan.biar mendidih dan perasakan secukupnya.sedia dihidang.
  5. Jangan masak daun ubi terlalu lama kerana ia menyebabkan rasa pahit dan kelat.cukup sekadar kalernya bertukar layu sedikit.








Laporan Masakan Bergambar (1)

474652_3773453973183_425140203_o
06-07-2012
saya dh cuba tapi saya campurkan bersama ikan keli salai...nyummm
Laporan oleh: kuzie

Kuzie msk dgn salai ikan keli nie lagi sedap.tima kasih yea krana sudi menerai mskn in :)


Komen (2)

06-07-2012, yaniezara komen :

sedapnye masak lemak pucuk ubi ni.. =))


06-07-2012, Truya komen :

Sila lah cube yea.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu