Google+

oleh: nasfira3 Butter Cream Cake

Foto1023

Ini adalah cake yang saya buat sendiri ditujukan khas buat suami tercinta...sempena Father's day baru2 ini..Resepi butter cake ni saya belajar masa sekolah dulu,butter creamnya pulak masa saya kerja hotel suatu ketika dulu...


Created on : 05-07-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nasfira3




Bahan-bahan ( 10-15 orang )

  • Bahan2 untuk membuat Butter Cake:-
  • 225gm butter
  • 225gm gula castor
  • 225gm tepung kek(self raising flour)
  • 5 biji telur
  • 1 suduteh esen vanilla
  • Bahan Untuk Membuat Buttercream :-
  • 240gm butter
  • 100gm gula castor
  • 125ml air
  • 125ml susu cair

Cara-cara

  1. Cara membuat butter cake :-
  2. pukul butter dgn gula sampai kembang
  3. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga kembang dan gebu.masukkan esen vanilla dan pukul rata
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan tangan aje sampai adunan butter dan tepung sebati
  5. tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dgn marjerin @minyak guna loyang bulat 8"
  6. masukkan acuan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah celcius.Bakar selama 30-40 min atau sehingga kek masak
  7. sejukkan kek di atas redai kek.kek mesti disejukkan terlebih dahulu supaya buttercream tak cair masa buat topping.
  8. Cara Membuat Butter Cream :-
  9. masak gula bersama air untuk dijadikan air gula.masukkan susu cair.sejukkan
  10. Didalam bekas lain,pukul butter sampai kembang
  11. Foto1007
    tuangkan air gula bersama susu yang telah disejukkan tadi ke dlm butter yg dah dipukul kembang dan pukul sebati.Sedia untuk digunakan.Bolehlah mula buat topping ke atas kek yang dah disejukkan tadi.
  12. Foto1013
    inilah rupanya kek yg saya dah buat topping
  13. ini pulak yang dah siap dibuat coating..guna chocolate rice pun boleh..saya suka guna kacang tumbuk,lagi sedap rasanya...









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd