oleh: NisaMPB Mee Siam Nyonya

P1000855_20copy

masakan ala nyonya. ngak terlalu pedas, sesuai utk anak2. jika mahukan pedas bisa aja tambain cabainya kok.


Created on : 18-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( utk 5 org )

  • utk mee 400gm (1 bungkus) Beehoon, direndam dgn air panas selama 5min & toskan
  • 6 sbsr minyak
  • 400gm taugeh (jika suka)
  • 3 sbsr atau lebih sedikit kuah mee siam* (sila rujuk dibawah utk kuahnya)
  • Gula & garam secukupnya
  • Segenggam daun kuchai, dipotong sederhana besar
  • ----------------------------------
  • dimesin halus (A)#
  • 40gm bawang merah kecil#
  • 2 sbsr taucho, dibasuh bersih & di toskan#
  • 2 sbsr cili kisar#
  • sedikit air#
  • ---------------------------------
  • utk kuahnya - dimesin halus (B)*
  • 150gm bawang merah kecil *
  • 3 sbsr taucho*
  • 1 sbsr belacan*
  • 4 biji buah keras*
  • 2 sbsr cili kisar*
  • bahan2 yg perlu utk kuahnya:
  • 6 sbsr minyak, utk menumis
  • 500ml air rebusan ayam atau diganti pada 1 kiub pati ayam, dicampur bersama 3 cwn air
  • 2 sbsr asam jawa, diramas dgn 1/2 cwn air, tapiskan
  • 125ml santan pekat
  • 3 sbsr daun kuchai
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Utk kuahnya: Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan kisar (B)* hingga wangi. Perasakan dgn gula & garam.
  2. Masukkan air rebusan ayam atau air dari pati kiub ayam tadi hingga mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan santan pekat & tunggu sebentar hingga mendidih sedikit.
  4. Tutup api & taburkan daun kuchai.
  5. Utk mee:Panaskan minyak ke dlm kuali & tumis bahan kisar (A)# utk mee hingga wangi. Perasakan dgn gula & garam.
  6. Kecilkan api, masukkan beehoon & gaul hingga benar2 rata.
  7. Curahkan 3 sbsr kuah mee siam tadi keatas beehoon, gaul lagi hingga mee tampak lembut, jika tidak bolehlah d tambah sedikit kuah lagi.
  8. P1000849_20copy
    Akhir sekali taburkan taugeh (jika suka) & daun kuchai. Hidang dgn bawang goreng, tahu & perahan air limau kasturi...power tau!

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (15)

18-05-2007, umi_e komen :

wahhhhh nisa... sekali keluar resepi bederet2:P sama cam Diana:P diam2 pastu tup-tup berderet2 hehehehehe


18-05-2007, DianaA komen :

Umie, hehehe... Nis, now I know apa beza Mee Siam Nyonya and the melayu style.. ada guna air rebusan ayam... am drooling beb hehehe...


18-05-2007, ishikawa_ayumi komen :

aduhaiii... lapo nyeee... ikan bakar atas dapur.. fu-yoh! :D


18-05-2007, NisaMPB komen :

elo umi: jom pi tempat biasa, pekena kopi secawan :p D babe: haaa..dia dah mai ni nyonya, tapi baba nya lom lagi ehe. ayumi: erkk..mana ada ikang bakar? *cari2 ikan bakar bawah meja* :p


18-05-2007, ishikawa_ayumi komen :

hehe. kak nisa. skrg, alhamdulillah wani dh konyang. td, b4 dinner, tgk mee siam akk neh, aduhai, meleleh den. dh konyang pon masih terliur lg. hehe. jumpe ke ikang yg akk carik bwh meja tu? kekeke :P


18-05-2007, ishikawa_ayumi komen :

kak nisa, mee akk neh, anggaran die utk brape org makan eh? akk tulis "utk mee".. err, brape org eh bleh mkn ye? ke utk seorang je yg btul2 ngah lapo? kekekek :P


18-05-2007, aryati komen :

macam mana arr nak masukkan recipi kat dlm ni....tlog ajarkan bleh???


18-05-2007, NisaMPB komen :

ok wani, k.nis dah pi pebetuikan naa...anggaran utk 5 org, makan 2 kali raun tuh!


18-05-2007, NisaMPB komen :

aloo aryati, k.nis ni pun bkn pandai sgt. makan setahun k.nis belajaq cara2 dia ehe...kalu aryati nak lebih tepat lagi, boleh lah klik 'faq' sebelah kanan atas page myR ni yek. atau boleh lah tanya pada kakak2 & abang2 yg tererist kat forum tuh. selamat mencuba ya!


18-05-2007, Mat Gebu komen :

Bila lahh nak mencuba nie.....dalam otak nie dah bercabang2 projek nak buat.....apa2 pun nak update mat punya bhn2 masakan dulu....nak pi tambah apa yg kurang termasuklah "mee hoon"....hehe dah habis u.


18-05-2007, NisaMPB komen :

mat, u ni kan...i tengok kan...rajin tul lah! untung betol isteri u dpt suami yg rajin masak tau! encik suami i plak, bila kita bz masak kt dapur, dia cuma dok pandai cuci2 kemas2 benda2 yg seyrak jer, pas tu tak abeh2 vac rumah. bab masak2 ni dia ada lemau skit :(


19-05-2007, ishikawa_ayumi komen :

xpe kak nis. mule2 tu, die pandai bab2 tu jela. lame2 nti, kuarla belang die tu. kang, time tuh, akk plak yg t'lopong tgk die maen masak2. kekek :P kak nis, taucho tu, same ke ngan taucu? sorry ye kak, wani bru nak maen masak2. :D


19-05-2007, NisaMPB komen :

wani, alaa cayang nya nak maen macak2 eh..meh kita maen macak2 cama2 yok :p ehe...k.nis pong baru gak nak blajar mklum dulu asik dok cabut lari jer bila mak mntak ke dapur. bukan mcm mat ni ek, dia gheti masuk dapur sendirik, jgn mara mat, terngumpat japs. ok wani taucho tu mmg sama ngan taucu or tauco. beza dia cuma spelling jer. ehehe


19-05-2007, Mat Gebu komen :

kira ok lah tu nisa..nak juga dia tolong buat2 keje rumah, al least lega jugakan dah penat2 masak ada org tolong cuci dan kemas..kalau sendiri semua mau buat, hmm lepak juga, itu yang ada masa angin pus pus dtg (itu jam rasa macam nak pijak je periuk belanga sebab penat + geram nya pasal).


19-05-2007, koko komen :

nampak cam sedap..leh cuba ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu