Google+

oleh: suhanajohar Kuih Bakar Original Mr.Fadzli

Kbmrfadzli7

Kuih Tradisional (resepi original KUIH BAKAR MrFadzli)


Created on : 18-06-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi suhanajohar




Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 1kg Gandum
  • 1kg Santan
  • 1kg Gula
  • 1kg Pati Daun Pandan
  • 9 biji telur gred C
  • 5 gm bijan

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula sehingga agak kembang dengan menggunakan mixer
  2. Masukkan gandum sedikit demi sedikit
  3. Masukkan santan dan air daun pandan
  4. Setelah semua bahan telah sebati, tapis adunan agar tiada gandum yang berketul
  5. Goreng bijan sehingga kekuningan
  6. Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, pastikan acuan dipanaskan terlebih dahulu kedalam oven bersama minyak
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih bakar yang telah dipanaskan
  8. Bakar adunan selama 45 minit dengan suhu 180 darjah
  9. Selamat mencuba!

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (7)

18-06-2012, nikmima komen :

nk tanya..air daun pandan tu byk mn? takde dlm ingredient list.


18-06-2012, Isya_Irfan komen :

boleh dapat brapa bijik kuih ni? (guna acuan macam dalam gambar tu)


18-06-2012, suhanajohar komen :

Nikmima: 1kg air daun pandan. Dalam bahan2 tu saya ada masukkan pati daun pandan. :) Isya: boleh dapat 20 biji. Terima kasih kepada yang berminat dengan resepi kami. Anda boleh add saya di fb atau like page kami di www.fb.com.my/kuihbakarmrfadzli


18-06-2012, kakbesah komen :

salam suhana, gebunyer.. kuih bakar tu.. buat bisness yer, Alhamdulillah, akk doakan bisnes brtambah maju, insyaAllah. trimakasih kongsi rspi. sukatan bhn2 pun mudah nk ingat.. akk rasa telur tu jika ditimbang, beratnya lbehkurang 1 kg juga kn. wlaupun dh banyak kuih2 moden, harap2 kuih2 lame ni jgn lah kita lupakn, khazanah kita nih..


18-06-2012, Resepi2011 komen :

Salam Suhana..betul tu kata kakbesah..nengok kuih bakar tu terliur la pulak...kiv dulu cepi ni..nanti ada masa kite wat...


19-06-2012, suhanajohar komen :

KakBesah:terima kasih atas doa akak.Mmg mudah ingat.kami buat jual kak.Pada mereka yg nak hantar buah tangan kat kenduri kendara,kat surau n masjid.Saya kongsikan resepi kat sini sbb ada yg tanya apa resepinya.hehe. Seronok buat kuih ni kak.Anak2 suka makan.Sambil2 buat jual.Alhamdulillah sekarang mmg komersialkan.kuih tradisi kalau x kita komersialkan anak2 n cucu kita x dapat merasa.Walhal kuih tradisi ni sedap2 semua....kan... Terima kasih juga pada semua yg like ye...jenguk2 la page fb kami www.fb.com/kuihbakarmrfadzli


25-06-2012, RoseMizi komen :

Salam K.Suhana Kuih bakar ni tahan berapa lama? seminggu ke? kalu guna telur siza A, berapa bijik ye?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd