Google+

oleh: Zai95 Ayam masak Hitam

130620123027

antara masakan peberet saya...


Created on : 13-06-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Zai95




Bahan-bahan ( 4 -5 org makan )

  • 5 - 6 ketul ayam - dibersihkan.,digaul garam dan kunyit.. kemudian digoreng separuh masak
  • 1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lagi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap pekat masin
  • 5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah kalau kurang hitam tambah lagi
  • sedikit gula dan serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • 1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan., digaul dgn garam dan serbuk kunyit...kemudian digoreng separuh masak.
  2. Tumbuk bawang besar., bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam kuali., kemudian tumis bawang besar yg dihiris., kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. kemudian masukkan bawang besar , bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi.. biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis., lada hitam.,kicap masin dan kicap manis. biar hingga terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan sedikit air., biar hingga mendidih., masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk. ok..siap.., selamat mencuba.

Tag

ayam









Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00011
20-06-2012
salam Zai, harini try ayam masak hitam Zai plak, Alhamdulillah..sdp sngt, aroma menawan kalbu, bdk2 mkn brtambh2, hb n akk mkn ngn roti diet je..hehe.. jazakillah Zai utk rspini..
Laporan oleh: kakbesah

w'kmsalam..,kakbesah... wah nmpak sungguh menyelerakan ayam msak hitam kakbesah ni..,terima kasih yer hntar lapurannya...


Komen (4)

14-06-2012, DatinLulu komen :

salam.. Zai, suka jga ayam masak camni.. cuma x prnah letak rmpah brkwn-kwn tu.. mesti lebih aromanya :))


14-06-2012, kakbesah komen :

salam Zai, akk pon suka lauk cenggini, pedas2 manis penuh aroma.. mkn ngn ketupat nasi/pulut pon best ni..hee..


17-06-2012, Zai95 komen :

w'kmsalam... Datin.., memang sedap ayam msak mcm ni... rempah empat sekawan tu memang utk menaikkan lagi aromanya...he..he..


17-06-2012, Zai95 komen :

w'kmsalam... kak besah...,selera kita sama la..,hehehe...lauk ni memang sesuai mkan dgn ketupat, pulut atau lemang...selain dari nasi...lebih2 lagi kalau buat pedas2...terangkat...hehe..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd