Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Pavlova Simple

 Submitted By On 31 May, 2012
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

intai dari blog kwn2

Ingredients
  • 4 biji putih telor ayam
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • bahan-bahan topping :
  • Secawan @ 250 ml whipping cream
  • hiasan : saya guna anggur n mangga
Instructions
  1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah

  2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius

  3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje

  4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)

  5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar

  6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"

  7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td

  8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.

  9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya

  10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.

  11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven

  12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.

  13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..

  14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments