Google+

oleh: shimanoortm Ikan Stim Ala Chinese Style.

Imgp9143

Inilah masakan stim kegemaran kami...sangat mudah dan senang untuk disediakan..dan yang penting sangat sedap...


Created on : 22-05-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shimanoortm




Bahan-bahan ( 6 Orang makan )

  • (lkut sukatan yang saya guna tapi kalau berat ikan kurang, kurangkanlah bahannye ye)
  • Ikan Merah 1 1/2 kilo (lkan lain pun boleh dan berat tak kisah). Halia muda sebesar 2 ibu jari dipotong memanjang dan halus halus. Daun bawang 2 - 3 tangkai lebih pun okay (dipotong kasar kasar). Bawang putih 5 biji potong halus halus
  • Minyak bijan 2 camca besar. Minyak masak 2 camca besar (saya guna minyak matahari) . Kicap cair 2 - 3 camca besar. Garam dan serbuk lada putih (serbuk lada hitam atau sulah pun boleh juga)

Cara-cara

  1. Ikan merah yang telah dibersihkan di belah tepi nya 3 bahagian. Kemudian sapukan garam dan serbuk lada ke seluruh ikan termasuk bahagian perutnya. Daun bawang,halia dan bawang putih letakkan setengahnya kedalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan dan belahan ikan. Kemudian stimkan ikan tersebut di atas kuali yang bertutup. Dalam bekas kecil masukkan minyak bijan,kicap cair dan minyak masak sekali dan gaulkan. Setelah ikan separuh masak atas kuali buka penutupnya dan tuang sedikit demi sedikit bahan yang digaul tadi ke atas ikan. Kemudian tutup kembali kuali tadi. Selepas beberapa minit ikan pun masak boleh lah di hidangkan.









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd