Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Daging dendeng

 Submitted By On 02 May, 2012
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Buatnya leceh skit tp insyaAllah hasilnya berbaloi...kegemaran family sy.

Ingredients
  • 1kg daging (nak hasil yg sempurna beli batang pinang, kurang skit tangan nak bekerja)
  • 3 biji bawang besar **
  • 8 biji bawang putih **
  • 3 inci halia ** (kisar semua bahan bertanda **)
  • 10 - 15 tangkai cili kering (pedas ikut suka tambah aje cilinya). Kisar berasingan.
  • Kicap lemak manis secukupnye
  • Garam & gula secukup rasa
Instructions
  1. Ada 2 cara utk daging. 1) Rebus kemudian hiris. 2) Hiris & rebus. Dua2 bleh ikut mana kita suka. Pastikan daging dihiris nipis ye. Air rebusan jgn di buang sbb kita nak gunakan utk kuahnya nanti.

  2. Tumbuk2 manja daging yg dah di rebus tadi kemudian celup/rendamkan di dlm kicap lemak manis dlm 10 - 20 minit. Sambil2 tumbuk tu sambil merendam mana yg sudah.

  3. Goreng sebentar daging yg dah di celup kicap tadi. X perlu garing tp ada org suka yg garing. Sy suka yg lembut2 sbb gigi xyah nak kerja keras ;)

  4. Gunakan minyak goreng daging tadi tumiskan cili hingga masak/garing. Masukkan bahan2 kisar yg bertanda **. Tumis sampai pecah minyak.

  5. Masukkan daging, kacau sebentar bagi sekata. Tambahkan air secukupnya. X perlu byk sgt sbb daging tu dah sedia lembut. Tp kalo yg suka berkuah haa apa lagi banjirkan saja dagingmu itu...

  6. Tambahkan kicap, garam & gula secukup rasa.

  7. Daging ni rasa dia manis2 pedas. Kurang kick kalo x manis ye...tp terpulang la pd selera memasing.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments