Google+

oleh: blog kek coklat kukus lapis cheese

Sdc11331

kek ni memang sedap dan yg istimewanya dilapiskn dgn cheese..pertama kali cuba masa birthday putera ke 2 ku(ilham irfan) bulan dua baru ni....mudah dan nyummy...-nalisa man-


Created on : 01-04-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi blog




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan marjerin(dicairkan) @ 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung gandum,anggaran(1 cawan+2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil baking powder(sy guna sudu kfc je)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (pukul ringan)
  • -->bahan2 untuk lapisan cheese:-
  • 250 gram cream cheese(philadelphia)
  • 100 gram coklat masakan putih
  • 2 biji telur
  • 30 gram tepung gandum

Cara-cara

  1. 1.campurkan serbuk coklat,gula pasir,susu cair,dan marjerin.panaskan atas api sederhana,hingga gula larut(jgn sampai hangus,angkat dan sejukkan)
  2. sementara itu,campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (di ayak)
  3. Tuangkan susu pekat kedalam adunan coklat yg telah sejuk sedikit td..gaul rata..kemudian masukkan telur,gaul hingga sebati...
  4. Akhir,masukkan seluruh adunan coklat kedalam campuran tepung yg diayak tadi..kacau hingga semuanya betul2 sebati.
  5. untuk lapisan cheese pula: -cairkan coklat masakan dengan teknik double boil..bila dah cair angkat dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum.pukul hingga kembang dan gebu...
  6. panaskan kukusan..sapu minyak sikit pada loyang yg sesuai,agar bila kek masak senang nak terbalikkan..dan kek tak melekat.
  7. masukkan sebahagian adunan coklat kedalam loyang kemudian kukus selama 15 @ 20 minit.
  8. bila dah masak,masukkan pula semua adunan cheese,kukus lagi selama 15 @ 20 minit...
  9. dan akhir,masukkan sebahagian lagi adunan coklat tadi keatas lapisan cheese dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak....bila selesai masak,angkat dan biarkan sejuk seketika.
  10. selamat mencuba resepi saya (nalisa man)....dan maaf atas kesilapan atur resepi tadi...
  11. P/s:-untuk topping atas kek... bahan2: 250 gm coklat masakan,3 sudu besar susu cair,2 sudu besar susu pekat,1 sudu besar marjeri..... cairkan coklat(double boil),bila dh cair masukkan susu cair,susu pekat dan marjerin..tuang atas kek yg telah sejuk td...hiaslah ikut selera anda..

Tag

kek kukus









Laporan Masakan Bergambar (1)

Img01336-20120926-1940
28-09-2012
Buat untuk birthday kawan tapi xsempat amik gambar penuh sebab da kena ngapp hehe.. tapi kek ni memang cantik bila da kena potong & sedap sangat.
Laporan oleh: Atuy Whibley

Komen (14)

01-04-2012, jimie komen :

berapa sukatan untuk laoisan cheese


01-04-2012, nafwabest komen :

nampak macam best...tapi bahan2 tu kalau disusun dengan tertib lagi senang nak baca...maaf le. mata saya ni kurang sikit...nak cuba sebab menarik tgk...harap tuan punya dapat edit sikit ye pada bahan2. TQ


01-04-2012, syazwafii komen :

salam...harap tuan tanah dapat la bagi resepi tu dgn btul...jd celaru cara2 membuatnya...gambar dah mengiurkan...harap tuan tanah dapat edit balik resepi ter sebut. TQ


01-04-2012, baru_belajar komen :

salam.. maaf ya.. sy xnampak kat bahan2 ada tulis cheese..


01-04-2012, idasaini komen :

Serbuk coklat tu apa ye? Serbuk koko ke?


01-04-2012, blog komen :

serbuk coklat sama dgn serbuk koko...


02-04-2012, maneh komen :

huhu sy buat tp x jadi mebi silap timing kot


02-04-2012, F.Rosailin komen :

Nmpk pic mmg mengiurkan... ingin nak cuba resipi ni, tp x sure bab tepung tu sbb nak kena masuk dlm adunan wane cokelat & putih. Tepung yg 30gram + soda bikar bonat + baking powder tu nak bahagi 2 atau macamana ye...?


02-04-2012, blog komen :

yg tepung 30 gm tu untuk yg cheese lpis tgh..100gm coklat putih(cairkn)kmudian cmpur cheese+2 bj tlur+30gm gndum...snarai bahan2 dari serbuk coklat smpai 3 biji telur tu untuk adunan cklat..tmasuk soda & baking....nnti sy edit.


08-04-2012, she_zaza komen :

wahh, mesti sedap ni.. nati na try la :D


14-04-2012, blog komen :

she_zaza .. kek coklat cheese ni mmg sedap.. x rugi cuba..hehe..cuba ye dear


28-09-2012, nik.siti3 komen :

kek coklat meman sdp ank2 akak sgt...


25-04-2013, salwa1988 komen :

mesti sedapnya kek ni tapi xpe ke coklat putih cair (panas)+ cream cheese??


09-06-2014, Munyati komen :

First time try! Best!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd