Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Bawang Wheelie

 Submitted By On 13 May, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Belajar dari kawan2 sambil bersembang2 aje....balik rumah terus try sebab teruja nak tengok putaran nya....eh ...jadi pulak tapi x le cantik sangat.

Ingredients
  • Untuk doh bawang:
  • 1 biji bawang besar ( diblender tanpa air )
  • 1 sudu besar serbuk udang kering
  • Tepung gandum secukupnya
  • Untuk doh margerine:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 70gm margerine/mentega
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Instructions
  1. Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang blended + serbuk udang kering . Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bagi pada 3 bahagian.

  2. Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga. Bahagi pada 3 bahagian.

  3. Canai doh bawang dan doh margerine berasingan.

  4. Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.

  5. Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)

  6. Keluarkan dan hiris nipis2.

    IMG_0322.jpg
  7. Goreng dalam minyak penuh.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All