Google+

oleh: Syanaza Ayam Percik Kelantan Original

Img_6648

Resipi tradisi org2 Kelantan


Created on : 10-03-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Syanaza




Bahan-bahan ( 1 ekor ayam/ boleh mkn 6 org )

  • 1 ekor ayam potong 4 bahagian, nak potong kecik pun boleh tapi kurang "juicy" sikit ayam percik anda
  • Santan dari 1biji kelapa..sederhana pekat
  • 12 ulas bawang merah*
  • 6 tangkai cili kering* ( bleh tambah jika suka, tp warna ayam percik versi ni agak cerah..tidak terlalu merah)
  • 1 inci halia*
  • 1 inci halia lagi,3 ulas bawang putih serta garam ( ditumbuk dan dilumur pada ayam)
  • garam & gula untuk kuah...secukup rasa, biasa org Kelantan maniskan sikit kuah..
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit bancuhan tepung jagung..(optional..kalau kuah anda xpekat2 jugak)

Cara-cara

  1. Ayam yang telah dibersihkan di lumur dgn bhn tumbuk tadi..perap & kukus sekejap..
  2. Bahan-bahan bertanda * di blender halus...
  3. Masukkan santan ke dalam kuali, masukkan semua bhn blender..kacau perlahan-lahan sampai pekat..lepas tu masukkan jus asam jawa, garam & gula secukup rasa..
  4. Sementara tunggu kuah pekat, bakar ayam yg dikukus tadi..bila agak garing, siramkan dgn kuah percik tadi dan bakar lagi..ulangi proses sampai dapat hasil mcm dalam gambar (kuah melekat dan kering pd ayam)..
  5. Img_6645
    Bolehlah di hidang, sesuai untuk kenduri juga..:-)









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

27-03-2012, irasabri komen :

Salam.. tqvm


04-04-2012, Syanaza komen :

wslm..selamat mencuba :-)


20-06-2012, nik nora komen :

guna asam jawa ke? sy rasa mak sy guna asam keping


22-07-2012, shuhaila08 komen :

nk trylah ptg ni utk juadah berbuka...


06-08-2012, Syanaza komen :

Nik Nora..memang guna jus asam jawa sbb asam keping masam dia lain skit,agak kuat..TQ for the comment..:-)


06-08-2012, Syanaza komen :

suhaila08, selamat mencuba..selamat berbuka dgn resipi ni k..:-)


14-07-2014, nor raihan komen :

sye gne buah kars tuk pkat kn kuah


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd