oleh: Noreen Kuih Bom

Img_0452

Sedap di makan utk minum petang


Created on : 12-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Img_0355
    Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  7. Img_0446
    Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  8. Img_0449
    Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  10. Dan siap untuk dimakan
  11. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

Kuihbom
14-05-2007
bom yg dah meletup.. kena try buat lagi ni.. lum pass..
Laporan oleh: yani

Agaknya masa menggoreng tu kulit tu tercabut kot tu pasal meletup. Tak apalah nanti cuba lagi

15052007_007_1
16-05-2007
taraa.. kak zara da buat da, guna inti kacang. nampak gaya blum pass la jgk mcm yani. aniway, kak zara suka rasanya yg kenyal² gitu. :)
Laporan oleh: zara_klate

Tima kacih kak zara sbb mencuba resepi nie. Jgn putus asa cuba lagi

Dsc02860
05-01-2008
Along punya bom pun meletup juga. Tapi rasanya springy gitu sedap.
Laporan oleh: AlongRoz

along kuih tu meletup sbb inti terkeluar kot atau pun api kuat sgt ... so far noreen buat alhamdulillah tak meletup lagi ... mase lepas letak inti make sure aduanan ditutup kemas


Komen (22)

12-05-2007, s_shamen komen :

nampak sedap je kuih ni..rindunyerr nak makan. awak buat kuih ni letup2 tak masa goreng??? camana tak nak bagi dia meletup ekk?


12-05-2007, Noreen komen :

shamen, cubalah senang je nak buat. jgn goreng ngan api yg besar tapi alhamdulillah masa menggoreng tu tak pulak minyak meletup2.


12-05-2007, Noreen komen :

lagi satu masa buat doh tu make sure jgn lembik sgt dan jgn letak lebih air kapur nanti bila letak inti doh tu terbukak2 tak boleh tutup. cuba 2 kali baru menjadi buat doh kuih bom nie.


12-05-2007, umi_e komen :

kueh bom ni suka meletup... tu yang umie tak berani nak buat... noreen buat tak meletup kan??? sedapnya...


12-05-2007, DianaA komen :

Noreen, D tak berapa berani buat Kuih Bom lagi sebab selalu goreng mesti dia meletup dan tersengih. Jadi kena gunakan api yang slow yaa... nanti ada masa D cuba... orang tua2 kasi petua kalau buat kuih nih tak boleh bercakap... nih yang part lemah sikit haha


12-05-2007, Noreen komen :

ntahlah tadi goreng tak meletup pun senang je. tapi tu lah kena api perlahan then kacaukan selalu kuih tu dlm kuali.


12-05-2007, Noreen komen :

D, tadikan masa noreen nak buat kuih bom nie siap baca bismillah tu pasal tak meletup kot hehehehe.


12-05-2007, Mat Gebu komen :

Kuih bom = kuih rengas tu sama tak?


12-05-2007, yani komen :

tadi masa dok makan goma tantan men teringat kat kuih bom ni.. eheh esok bolehlah try resipi ni..


12-05-2007, Noreen komen :

tadi buat kuih nie sbb nak perhabihkan inti balance buat kuih ketayap hari tu.


12-05-2007, Noreen komen :

che mat, ada org panggil kuih bom nie onde2. kuih rengas tu noreen tak tau lah sama ke tidak sbb tak pernah nampak.


13-05-2007, zara_klate komen :

ohh.. ini rupanya kueh bom.. selalu dok panggil onde2 goreng je selama nie. kalau guna inti kacang pun orait jugak kan noreen..


13-05-2007, Noreen komen :

Guna inti kacang hijau pun boleh tapi noreen tak suka tu pasal buat inti kelapa lagi sedap. Mmg ada separuh org panggil onde2


13-05-2007, syahmi komen :

kuih rengas = kuih kasturi...kuih yg buat dari kacang hijau tuuu... dan goreng macam goreng pisang ....rasanya betullah ni..


13-05-2007, lisafiq komen :

betul la tu syahmi...kuih rengas tu d buat drp kcg hijau. i nak try buat le kuih bom ni....guna inti kacang.


13-05-2007, umi_e komen :

cik mat... arwah mak umie panggil kuih bom ni ' kueh/buah rengas ' orang muda je kot panggil kuih bom sebab kuih ni suka meletup ( cam bom) masa digoreng hehehehehe


14-05-2007, faziah komen :

Seingat akak zaman dulu 1970an mak-mak buat kuih bom ni guna ubi keledek/ubi kayu untuk buat pestri..tapi sekarang guna tepung pulut + tepung gandum buat pestri.. .Bijan dan inti sama je....


05-01-2008, gi'ai komen :

memandangkan resipi kueh pau belum ada, kalau member2 dah jumpa tolong kongsikan ya. salam perkenalan untuk member2 semua.


12-01-2008, syahmi komen :

eh..gi'ai...ape lak x de....bnyk resepi kueh pau dlm myR ni......u klik kat 'cari resepi' kat atas tu...& taip 'pau' dlm kotak tu....ha keluar lah dia bnyk2.... cuba lah try... :)


17-01-2008, ijja komen :

Ijja terima satu petua yang diberi oleh seorang teman, bila dah siap semua, masukkan kuih2 tu ke dalam peti sejuk utk sejam dua. Kemudian baru goreng. Katanya InsyaAllah tak meletup lagi....


25-03-2008, salieysa komen :

kalau kat trg, kitaorg letak inti sambal ikan, pahtu kulit dia sama je cam resepi noreen ni, cuma tak salut ngan bijan je. kitaorg panggil 'paung pulut'.mmmm lama tak makan...cedapnye...


18-07-2008, wani_cahaya komen :

klu letak inti sambal ikan pun sdp jgk ye..... tapi jgn salutkn dgn bijan kita biarkn ksng je. heeeeee....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu