Google+

oleh: yukoazumi pulut mangga (khao niaw ma muang )

167743_1794523459344_1127411939_32129446_5673737_n

selalu makan di restoran Thai, apa kata kita cuba resipi yang enak ni di rumah


Created on : 18-02-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yukoazumi




Bahan-bahan ( 3- 4 org makan )

  • 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • mangga yg masak ranum secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam. letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.
  2. untuk kuahnya: baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.
  3. sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. selamat mencuba!








Laporan Masakan Bergambar (4)

Pulutmempelam
03-04-2012
sy dah try wat pulut memplam ni..bess!takpnah beli kat kedai..mak slalu buat kat umah,dari kecik dah makan pulut ni..kekadang ganti pelam ngn durian..sedaaaap!tq2 yukoazumi..dpt sy wat sendiri..;)
Laporan oleh: purplerossa

u r most welcome purplerossa :). alhamdulillah..syukur sg2t sbb resipi ni dh berjaya dicuba. syabas! purplerossa dh boleh wat sendiri ;)

Pulut
22-05-2013
Sedap & senang. Thanks for the receipe.
Laporan oleh: mrs ooi
20130805_193759-1
01-09-2013
first time msk n mkn ni. hubby n family in law sume suke sgt. buat 4 buke pose aritu, diorg mkn licin. tqvm ya. bleh wat slalu pasni :)
Laporan oleh: moonbug
Img00713-20131003-1313
03-10-2013
best best.. kuahnye cukup rasa, x manis sangat..buat macam matahari untuk minum petang budak-budak..
Laporan oleh: syariva

Komen (2)

19-11-2013, twinseera@gmail.com komen :

Mmg jadi...tp xreti upload gmbr...lepas mgidam..terasa nk mkn dr mula ngandung smpai dh 8bln bru dpt


19-11-2013, twinseera@gmail.com komen :

Mmg jadi...tp xreti upload gmbr...lepas mgidam..terasa nk mkn dr mula ngandung smpai dh 8bln bru dpt


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu