Google+

oleh: saipolbarin Siakap Masak Lemak cili api

Siakap_masak_lemak

Masak Lemak ala kampung, senang dan sedap...


Created on : 05-02-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi saipolbarin




Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 ekor siakap yang telah siap disiang (potong 4) dicuci dengan air asam jawa & lemon untuk hilangkan hanyir.
  • 1cm kunyit hidup, 5 biji cili api, sebiji bawang besar-semua bahan ditumbuk, tak boleh kisar dengan blend sebab nanti berair, tak jadi
  • 2cm halia, dihiris halus
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan
  • 1keping asam gelugur, gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk, masukkan santan, asam keping dan halia. Masak dengan api perlahan dan perlu sentiasa dikacau.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan ikan. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak sehingga ikan betul2 masak. Tutup api dan siap untuk di hidang.

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd