Google+

oleh: ieman Ikan pari masak lada

No picture

resepi ibu, pedas dan panas, pure Melaka


Created on : 11-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ieman




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 kg ikan pari (dibersihkan dan dipotong seperti saiz kotak mancis)
  • 5 ulas bawang putih dan 5 ulas bwg putih - dimayang
  • sedikit belacan (pilihan)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar lada hitam (ditumbuk 3/4 halus)
  • 3 camca besar minyak utk menumis
  • 2 camca besar asam jawa ( diramas dengan 2 cawan air)
  • 4 helai daun limau perut
  • 3 camca besar kerisik(kelapa goreng)
  • 2 camca teh garam
  • 2 camca teh serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bwg merah, putih, cili kisar,belacan dan kunyit serbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan daun limau perut.
  2. Setelah garing masukkan ikan pari, air asam jawa, lada hitam dan kerisik. Tambah 2 cawan air ( berkuah seperti masak asam pedas ), bila mendidih rasa garamnya.
  3. Sedia untuk di hidang dengan nasi putih panas. Sedap juga dimakan sebagai kuah untuk mencicah lempeng.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (1)

070
14-05-2009
sedap..tengkiu yer
Laporan oleh: junjs11


Komen (2)

07-08-2007, Ezafni komen :

sy slalu masak lada x pernah pun letak belacan..sbb sy ni pure melaka tau..


30-08-2008, Ratu_Makan komen :

lain orang lain style masakannya. pure melaka ke tak pure bukanlah menjadi isu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd