Google+

oleh: goldenmanja Bihun Goreng

Dsc_0135

:)


Created on : 01-02-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi goldenmanja




Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 paket bihun - di rendam untuk 30min.
  • 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan 2 sudu besar udang kering - dikisar dgn 1/2 cwn air / ditumbuk tanpa air.
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili kisar - boleh tambah kalau nak pedas.
  • 1 ikat sawi - di cuci dan dipotong.
  • garam dan gula secukup rasa.
  • minyak untuk menumis.
  • 1/2 cwn air
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • BAHAN UNTUK DI TABUR.
  • 2 biji telur, garam dan sedikit lada sulah dipukul kembang. dan di dadar dgn minyak yg sedikit. lenggangkan kuali sehingga telur menjadi sehabis lebar dan nipis. apabila 3/4 masak, gulungkan dan letak ditepi dan dibiarkan sejuk sebelum dihiris nipis.
  • cili merah dihiris nipis.

Cara-cara

  1. panaskan kuali bersama minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  2. masukkan cilikisar dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak
  3. masukkan air, garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
  4. masukkan bihun yang telah ditoskan bersama sayur.
  5. kacau dan balik-balikan sehingga betul-betul sebati sambil di kerat-kerat bihun itu dengan sudip supaya mudah untuk di kacau. biarkan sehingga air kering. :)
  6. kacau dan pastikan bihun telah sebati dan lembut. juka masih keras tambah sedikit air. dan biarkan kering.
  7. dah masak dan boleh dihidang... taburkan hirisan telur dan cili tadi. boleh juga ditambah dgn bawang goreng, hirisan tauhu goreng dan daun sup+daun bawang...

Laporan Masakan Bergambar (3)

120831_bihun_goreng
31-08-2012
bfast pg merdeka :) sy jrg msk bihun sbb xpandai balance kan rasa. tp beranikan diri try resepi simple ni. alhamdulillah sdap & cukup masak. hehe. tukar udang kering dgn ikan bilis & tambah kicap. jazakallah :)
Laporan oleh: moonbug
Dsc02204
02-10-2012
wat minum ptg..time ksih utk resepi nih.. :)
Laporan oleh: k.zila66
Bihun_goreng
23-07-2013
sedapppppp...
Laporan oleh: cutie_winkle


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd