Google+

oleh: zulie78 Creamy Butter Chicken

Dsc_0875

Pernah makan di restoran, akhirnya dpt cari resepi ini... Sgt sedap...


Created on : 01-02-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zulie78




Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

  • 2 keping isi ayam - sama ada dada or isi paha (dihiris2)
  • 2 cmb besar butter or majerin
  • 1 cmb minyak
  • 2 biji cili merah dihiris2
  • 4 biji cili padi dihiris2
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan susu UHT
  • 1-2 cmb gula
  • 1/2 cmt garam
  • 1 cmt tepung gandum
  • Utk perapan: 1 cmt garam
  • 1/2 cmb kari
  • 1 biji telur
  • 1 cm tepung jagung
  • 1 cmt gula
  • (campur sume bahan di atas & perap bersama hirisan ayam)

Cara-cara

  1. Perap ayam dgn bahan perapan selama 1 jam.
  2. Goreng ayam hgg kekuningan.
  3. Tumis cili2 & daun kari dlm butter & minyak hgg naik bau.
  4. Masukkan tepung, goreng hgg garing.
  5. Masukkan susu, garam, gula.
  6. Bila kuah hampir pekat, masukkan ayam.
  7. Jika kuah masih cair, tambah tepung gandum yg dibancuh dgn sikit air... kalau terpekat, tambah susu UHT atau air. Kepekatan kuah bergantung kpd citarasa masing2.
  8. Sedia utk dimakan bersama nasi panas

Tag

ayam

Laporan Masakan Bergambar (1)

Creamy_butter_chicken_myr
09-01-2014
Hidangan tahun baru.. warna kurang menarik.. tapi memang sedap! Saya lebihkan cili dan daun kari.. akan buat lagi dan lagi.. terima kasih untuk resipi ni, Zulie..
Laporan oleh: LynnSham


Komen (2)

03-02-2012, purplerossa komen :

assalam zulie..nampak sedapla resipi ni..wajahnye mcm green curry...nak tnye sket,1/2 camb kari tu serbuk kari ek?thanx share respi..


01-09-2012, Fika komen :

pernah makan creamy butter chicken kat chinese muslim restaurant kat shah alam..memang sedap! so nak try kat rumah...tapi tak de resipi..nasib baik zulie share kat sini, so dapat masak sendiri kat rumah...thanks!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd