Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
bahan2 asas:
ikan kerapu ( kalau nak guna ikan lain pun boleh)
daun ketumbar ( hiris kasar)
halia ( hiris halus)
nenas ( dipotong dadu-saya guna nenas
dlm tin tu jer)
cili merah ( h
1/2 cawan kicap cair ( saya boh bnyk skit sebab nak hirup kuah)
3 Sudu sos tiram
sedikit minyak bijan
sedikit gula ( kalau x nak boh x pa)
* satukan semua n kacau sebati
Cara-cara
1- ikan tadi di basuh bersih dgn asam jawa n garam utk hilangkan hanyir
2- taburkan halia atas ikan ( masukkan sikit dlm bhgn perut ikan)
3- taburkan semua bahan2 yg dihiris ke atas ikan tadi ( pastikan tinggalkan sedikit hirisan daun ketumbar, carrot dan cili utk hiasan)
4- curahkan campuran kuah ke atas ikan dan perahkan lemon/limau nipis
5- kukus selama 15-20 minit atau sehingga nampak isi ikan bertukar warna putih
6- siap! angkat dan taburkan bahan hirisan yg selebihnya diatas ikan. sedia di hidang panas2!!