oleh: amatuer_cook Kek 3 rasa

Img_6115

Resepi olahan sendiri. mudah. Selamat mencuba!


Created on : 10-01-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi amatuer_cook




Share


Bahan-bahan ( 18cm loyang bulat )

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 175 gram gula halus
  • 175 gram butter (majerin pon boleh)
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar susu segar
  • untuk rasa dan pewarna: 5 sudu besar parutan strawberry (beberapa titis pewarna merah)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren (beberapa titis warna kuning)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (beberapa titis warna hijau)
  • (rasa dan warna boleh ubah ikut citarasa)

Cara-cara

  1. Ayakkan tepung
  2. di dalam mangkuk laen, putarkan butter dan gula sehingga kembang
  3. masukkan telur sebiji demi sebiji. kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan dimasukkan sekali dengan susu segar.
  4. asingkan sama rata kepada 3 bahagian. bahagian pertama, masukkan parutan strawberry dan pewarna merah. gaul hingga sebati. bahagian kedua, masukkan parutan kulit oren. gaul sehingga sebati. bahagian ketiga, masukkan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
  5. Jika adunan kek agak pekat, masukkan susu untuk mengawal kepekatan dan kecairan adunan kek tersebut.
  6. panaskan oven 160 degree. kemudian masak dalam jangka masa 20 minit untuk setiap adunan atau sehingga kek masak.
  7. setelah masak, biarkan sejuk. selepas itu, bolehlah hias dengan cream cheese frosting atau dengan whipping cream.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

10-01-2012, amatuer_cook komen :

untuk step ke 3 tu, masukkan telur sebiji demi sebiji dahulu.. barulah masukkan tepung dan susu. sorry sebab terlupe nak tulis. :)


10-01-2012, quinnie komen :

wah menarik la macam rainbow kek tapi ada perisa kat dlm dia..bagus!!


10-01-2012, amatuer_cook komen :

quinnie, cubelah! bahan pon mudah je. :)


11-01-2012, deeyun komen :

bestnya klu pndai masak mcm korang ni...klu baca apa yg korang tulis ni mcm snang je tp klu sy bt rasa susa je la...emmm


11-01-2012, amatuer_cook komen :

bole je. yg pnting ade smngt nk cuba n snggup trime risiko. :) cubalah. ^^


12-01-2012, Zana Mummy komen :

nak tanya..lepas masak lapis pertama(pink)..adunan kuning letak atas kek(pink) pulak@nk guna loyang lain..


13-01-2012, hebatpower komen :

makk oii seddappnyaa....meleleh air liur den...bole order ni..hehehe....kalo sapa2 nak cari produk kecantiikan wanita ke besarkan payudara ke meh sini... http://hebatpower.com/payudara-dan-pinggul.html


13-01-2012, amatuer_cook komen :

zana mummy, kat loyang laen.. bile ketiga2 lapisan siap, baru dilapiskan dengan frosting cream.. :)


13-01-2012, amatuer_cook komen :

hebatpower, cubalah! :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu