oleh: freeda_3210 Laksa Johor Ori

Laksajohor

masakan johor


Created on : 27-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12-15 orang )

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 20 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk
  • asam keping - 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
  12. SELAMAT MENCUBA




Laporan Masakan Bergambar (6)

Laksajohor
20-01-2007
pekat! power! biasa buat yang simple TAPI resepi ni ada macam2! resepi yang pernah dapat tapi hilang dan dapat semula... TQ
Laporan oleh: umi_e

TQ SO MUCH UMIE, COME BETUL LAKSA U

Dsc00213
27-02-2008
Dah lama nak bagi gambar, so baru2 ni buat lagi atas permintaan kengkawan. Tapi, gambar ni nmpk kurang seri sikit sebab banyak ulam yang dah takde. Maklumlah dah tinggal semangkuk yg terakhir baru teringat nak ambil gambar.
Laporan oleh: azli_76

HMMM.. CENGGINI BOLEH LE BUKAK KEDAI BALIK NANTI YER

Dscn3374
16-07-2008
abes je msk.. trus smgt amek gmba..hihi..sdppp sgt...tq!!
Laporan oleh: nufa
Dsc00110
23-08-2008
dah lama buat ni ...sedap sungguh
Laporan oleh: ainaibu
Laksa_johor2
05-09-2008
Freeda, ni laksa johor di perantauan, As diNZ guna bahan apa yang ada.As guna makeral dlm tin. Rasa tetap sedap..maaf ya, di ubah sikit resepinya. Tujuannya satu..utk dikongsi bersama.
Laporan oleh: as75
Img_0595
07-10-2008
percubaan 1st,sedap!nilah kali pertama makan laksa johor
Laporan oleh: bayu-tt

Komen (42)

09-08-2006, hjhmas2110 komen :

Ikan kurau tu ikan apa ye


07-09-2006, jentayu komen :

dah cuba dah resepi ni mmng cdpp!!


07-09-2006, vdia komen :

woww.. betul ke jentayu, nanti bolehlah try juga resepi nih.. oh ya jentayu meh la tempek masakan yg awak dah cuba tu kat sini... sure tuan punya resepi sonok lihatnye nanti.. lagipun resepi ni takde lagi gambar.. bolehlah org lain rujuk gambar yg awak tempek nanti..


13-09-2006, ibudutchlady komen :

juz nak tau jeruk chaipo tu mendenyer hehehe pastu mane leh dpt jeruk tuh.....


24-09-2006, Penyulawa komen :

"diketuk asam keping - 3 keping santan" sorry, ingredients yang ni agak mengelirukan...


14-11-2006, jas komen :

fuh!! 1st time masak, dahlah utk open house..gamble je. tak sangka plak jadi...mmg sedap. tak sia-sia buat utk open house. I double up je resepi utk 50 org. thank u freeda


19-01-2007, hana_hadriee komen :

1 peket kerisik ke 1 kotak?


20-01-2007, umi_e komen :

jas... umie masak hari ni 1 bungkus spegetti makan untuk 5 orang je tau.... habis sekali makan... hehehehe kalau umie buat makan biasanya kena ada 20 bungkus ermmmmm


24-01-2007, Noreen komen :

freeda, kalau tak letak ikan kurau ok tak sebab kat UK nie tak tau kat mana nak beli. is there any option?


25-01-2007, umi_e komen :

Noreen... kalau tak letak ikan kurau... nanti tak jadilah laksa johor ori ;) sebab kalau laksa johor ori memang begitulah perencahnya but... Noreen you kan try my resepi laksa johor untuk perantau yang pakai tuna dalam tin tu je... rasanya pun mengancam walaupun tak sehebat laksa johor ori ni...


17-05-2007, eloysh komen :

Freeda, isi ikan kurau ni yang dah dimasinkan atau yg fresh?


09-06-2007, cherio komen :

blh saya nak tnya blik soalan eloysh,isi ikan kurau ni yg fresh atau yg masin tlglah jwp sbb esok nak try masak nih freeda tlglah.............


06-07-2007, MrsIrwan komen :

sya jawab kan soalan cherio and eloysh... kalau mak saya pakai ikan masin kurau ... lebih kurang sebesar ibujari ...


14-08-2007, freeda32100 komen :

isi ikan kurau masin - jgn bubuh banyak sangat dalam lebih kurang 20 gram shj dan dibakar serta diblend sekali dengan ikan dan udang & udang kering


14-08-2007, freeda32100 komen :

jeruk chaipo tu ialah lobak masin.


14-08-2007, freeda32100 komen :

Thanks umie for the pic..


14-08-2007, freeda32100 komen :

Hi Noreen, kalau tak ada isi ikan kurau masin tak apa, boleh jer


14-08-2007, freeda32100 komen :

& untuk resipi laksa ori ni jangan lupa daunannya yang 2 iaitu, daun kesum, daun selasih


14-08-2007, freeda32100 komen :

TQ Mrs Irwan


14-08-2007, freeda32100 komen :

kalau nak lagi wangi boleh bubuh bunga kantan.


14-08-2007, freeda32100 komen :

kalau nak lagi wangi boleh bubuh bunga kantan.


13-09-2007, eja77 komen :

freeda.. utk daun kesum, daun selasih dan bunga kantan tu perlu diisi dlm kuah laksa or cuma diracik2 jadikan ulam aje...


15-09-2007, syahnina komen :

saya biasa bubuh dalam kuah daun-daun tu. Tapi tatu lah freeda buat camner


17-09-2007, mamawan komen :

laksa ni sebenornya kena letak santan ke tidak


28-09-2007, azli_76 komen :

freeda.... kalau tak letak daun selasih bleh tak? saya tak jumpa la daun selasih kat negara orang niii. daun kesum tu ada laaa sikit.


28-09-2007, joayee komen :

azli dok kat mana? daun selasih=basil


28-09-2007, azli_76 komen :

oooo....daun basil. saya kat perancis. hari sabtu ni saya nak cuba buat laksa johor. kebiasaannya pakai paste yg beli kat muor. thanks joayee.


30-09-2007, azli_76 komen :

Alhamdulillah… menjadi juga buat laksa Johor. Saya buat untuk 20 org tapi yg datang cuma 6 org. Yg makan tu pulak bukan lah org johor tetapi org perak, Sarawak, pahang, melaka, kedah dan trengganu. Diorang kata best A+ dan makan sampai 2-3 kali tambah. So, tinggal sikit jer yg ada lebih kurang untuk 2 org makan. Thanks freeda walaupun saya added sikit resipi sebab nak bagi ummph


29-10-2007, freeda_3210 komen :

Cik Syahina, seelok2nya daun kesum & daun pudina tu dibubuh dalam kuah dan juga dibuat ulam


29-10-2007, freeda_3210 komen :

Ya ke En Azli? kalau begitu boleh lah kongsi sket "added" recipe you tu!!


17-11-2007, Faridah Hanim komen :

Anda2 semua org johor ke? yela sebab slalu je klau jmpe org yg bukan org johor biase sgt x pnh tau psl laksa johor nih. em btol ke?


19-12-2007, lyza2474 komen :

nak tanya ..rempah kari tu ... kari ayam ke kari ikan ..cepatlah mlm i nak cuba buat..


19-12-2007, k.cik komen :

biasanya rempah kari ikan...


14-01-2008, rizalia komen :

freeda_3210>>> the best laksa johor yg i dah penah cuba... resipi u ni le.. thanks a lot... sedap.... betul2 ori.. hehehe...tapi i tambah nenas masa sebagai ulam... sedap sgt walaupun i dah tersalah beli spageti...hehehe


27-02-2008, azli_76 komen :

freeda..... saya cuma added bunga kantan yang dikisar ke dalam kuah. Kalau mak saya, bunga kantan tu dibuat ulam. Begitu juga ngan serai saya kisar bersama2 bahan untuk ditumis. Resepi asal tak berubah, cuma cara penyedian berbeza dan penambahan bunga kantan. Kekurangan pada penyediaan saya cuma tiada ikan kurau jer... tetapi tetap best... Laksohor(laksa Johor yg sohor) di bumi orang. hehehehehehe


16-04-2008, freeda_3210 komen :

Betul tu Azli, i kalau masak pun kekadang tak letak ikan kurau masin, just guna ikan kembung jer... kalau nak ringkas. Yang penting kuahnya mesti best... kannnnn and nak bagitau sume.. kuah laksa ni kalau simpan dlm freezer boleh tahan berbulan-bulan dan bila panaskan rasanya still mengancam.


21-04-2008, nieza5628 komen :

kicap tu untuk ape yek.............


22-04-2008, freeda32100 komen :

kicap tu optional untuk penambah perisa bersama dgn bahan hiasan.


11-07-2008, inarani komen :

walla..tengok komen yu alls esok nak buat la..walaupun tak pernah makan laksa johor ni..


20-09-2008, surayu komen :

Banyaknyer bahan..mesti lagi sedap daripada yg sue biasa buat..sebab laksa johor yg sue slalu buat tu bahan2 dia simple sgt..hehe..org ada penyakit M mcm sue ni buat masakan yang simple2 je..malas nak cari banyak sgt bahan..cuma nak komen skit..bunga kantan letak dalam kuah mmg lagi sedap, pastu daun kesum tu biasa sue hiris halus jadikan ulam..sebab tak semua org makan daun kesum..mcm my sister. Tapi dah kat Dubai ni..susahlah nk buat laksa..bunga kantan x de..daun kesum pun tanam sendiri dlm flower pot..


20-09-2008, misshawa komen :

hye.. just nk kongsi sama..sabtu lepas awe wat laksa johor guna resepi nie..alhamdulillah jadi n sedap la..nie kire 1st time awe wat laksa...so sape2 yg nk blaja wat laksa johor yg sedap,guna la resepi nie..sure sedap pny!!!thanks ek


09-10-2008, Nora2 komen :

Hi Salam semua dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri........ Bagi saya, ini kali pertama saya jumpa resepi yang hampir sama dengan resepi mak saya.........rahsianya untuk kuahnya yang kau, kau tu adalah ikan kurau masin tu (kalau boleh jangan gantikan dengan yang lain) .......... dan air rebusan kulit udang yang diblend................... MEMANG LAZAT! (anak saya kata tak yah gi Laksa Shack lagi!!!)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu