oleh: sharifah azizah ikan talapia masak lemak cili padi dengan cekur

Dsc_0951

resepi istimewa orang jawa. penggunaan santan pekat dan cili padi yg banyak adalah rahsia "ummphh"nya


Created on : 01-01-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sharifah azizah




Share


Bahan-bahan ( utk 4 orang )

  • 2 ekor ikan talapia (ikan keli, ikan pari boleh juga) disiang dan di belah dua dan basuh
  • 20 biji cili padi kampung (yang kecil2, pedas menyengat)
  • sejemput ikan bilis
  • sejemput cekur, dibasuh
  • 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, kupas dan panggang sebentar hingga naik baunya
  • santan pekat dari 1-2 biji kelapa
  • sedikit garam dan perasa (optional)
  • sedikit daun cekur @ 3-4 helai daun limau purut dimayang

Cara-cara

  1. panggang @ goreng ikan hingga cukup masak sahaja
  2. satukan santan dengan ikan bilis, cekur, cili padi dan bawang, kisar hingga halus
  3. masak campuran santan, masukkan garam, renehkan sekejap(mendidih perlahan). jangan sampai santan membuak , nanti pecah minyak, kuah nampak tidak cantik
  4. rasa masinnya, masukkan daun cekur @ daun limau, angkat.
  5. tuang kuah ke atas ikan semasa menghidang


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (16)

01-01-2012, Mr nice guy komen :

lazat ni macam laksa lemak,,,,memang best ,,,,buat la nanti,,,,


01-01-2012, sharifah azizah komen :

buat jangan x buat. kalau x suka cekur x skip lah cekur tu. cekur2 ni org jawa je yg suka


01-01-2012, Mr nice guy komen :

memang nak buat,,,,tapi lebih suke makan di rumah tok bidan(sharifah)hehehehehehehehe


01-01-2012, sharifah azizah komen :

bila pulak akak jd tok bidan :). anyway kalau datang boleh akak masak...kira lucky draw la tu sebab bukan selalu kan?


01-01-2012, Mr nice guy komen :

bulan mengambang penuh pasti datang,terima kasih daun keladi,,kalau boleh jemput la lagi,yg memberi kita merasa kan


02-01-2012, payung terjun komen :

klu masak lemak cili padi ni rasanya masanan org negeri sembilan...ialah santan pekat & pedas....ooii mengancam tu saya suka sangat.


02-01-2012, Mr nice guy komen :

rugi kawin dgn org n9 ni,,,semua harta dapat pada perempuan,,,xguna punya adat,,,,,,,,


02-01-2012, Mummy7857 komen :

cekur tu letak yang daun atau ubi nye??


02-01-2012, Mr nice guy komen :

mana ada tulis ubi,,,,,


02-01-2012, hasnahnot komen :

klau org ghombau masak lomak cili api x masukkan ikan bilis n bawang...


02-01-2012, pucuk rebong komen :

botolah tu...klu gulai ikan...nak buek apo masuk ikan bilih lai.x yah. tapi klu gulai pucok ubi masuklah ikan bilih.


02-01-2012, pucuk rebong komen :

saya pun x faham s.azizah..cekur tu daun atau isinya...u x sebut pundaun atau isi.cuma u sebut sejemput cekur.


02-01-2012, Mr nice guy komen :

kau xboleh heja ke,,,ha,,,org jawa aja suka makan ubinya,,,,,


04-01-2012, kakbesah komen :

salam syarifah, peberet akk n ank2 juga nih.. org jawa memang gemar mnggunakn cekur dlm masakn sbb banyak hasiatnya. msakan ni ada yg panggil, percak @ pecel. kedua2 cekur memang digunakn, ubinya dimesin brsama bhn2 lain, n daunnya juz di masukkan begitu sj.resepi syarifah ni memang jawa stail yg asli. memang best..insyaallah.


10-01-2012, sharifah azizah komen :

tuan2 dan puan2,cekur tu kita guna isinya ye. daunnya boleh dimayang dan di masukkan kemudian. utk rasa @ hiasan. tq


10-01-2012, sharifah azizah komen :

penggunaan ikan bilis blender ni hanya utk menambah rasa. cubalah. sedap! tak payah guna "bang aji" (ajinomoto) pun tak pe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu