oleh: queen_mother Nasi Ayam Hainan

Chickenricemeal

Resepi ini sebenarnya saya baru belajar nak buat tapi agak senang dan cara penyedian dalam 1 jam ke 1 1/2 jam.


Created on : 27-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
  • **1 ekor ayam
  • **1/2 ulas halia
  • **3 ulas bawang putih
  • **kayu manis
  • **Daun Pandan dan sedikit garam
  • >> Sos Ikan
  • >> 5 biji Cili Merah
  • >> 1 ulas Halia
  • >> 5 ulas Bawang Putih
  • >>Sedikit air perahan limau/lime
  • >>Gula,garam dan cuka
  • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
  • @1 1/2 liter air
  • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
  • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
  • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
  • @1 - 1.5 sudu kecik garam
  • @1 biji bawng besar (potong separuh)

Cara-cara

  1. Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
  2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
  3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
  4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
  5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
  6. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
  7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
  8. Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
  9. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
  10. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
  11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
  12. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
  13. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
  14. Ok dah boleh makan :D




Laporan Masakan Bergambar (3)

Nasi-ayam
28-07-2006
sedap.. rasanya sesuai untuk sape nak diet
Laporan oleh: yani
Nasi_ayam
16-02-2007
uwaaaa...aku pakai lada kering bukan cili merah tuh...
Laporan oleh: gohmimie
Cimg4215
26-06-2008
thanks for the recipe:-))
Laporan oleh: nkf

Komen (21)

28-07-2006, yani komen :

sebelum ni tak pernah lagi rasa nasi ayam hainam ni.. so main buatkah ikut resepi.. cuma sos yg main hentam buat sendiri.. guna lada kering coz kat sini susah nak cari lada merah.. anyway tq for the recipe.. :-)


29-07-2006, queen_mother komen :

yani,ur welcome :).tulah yang dikatakan memasak,berani cuba manipulated bahan2,so janji nasi ayam,kalau balik sini nanti kalau ada masa boleh kita beramai2 buat nasi ayam hainan ni,mmg sedap hehehe


25-09-2006, CDA komen :

KENA TAK BOLEH GUNA BERAS WANGI??


03-10-2006, safnie04 komen :

Setakat komen ditulis, saya belum cuba lagi tapi nampak pun dah terliur dibuatnya....lepas ni mesti kena cuba utk buka puasa...tq for recipe.


17-10-2006, yansani komen :

Untuk nasi tu, tumis bawang pakai minyak masak atau marjerin... Biasanya nasi ayam guna marjerin je kan??


21-11-2006, azhan komen :

Tanye skt..ape beza nasi ayam hainan ngan nasi ayam biasa kita mkn tu...


11-02-2007, skyblue komen :

ni masakan cina ke? nampak cam lain...


18-07-2007, eton komen :

nak tanya la..........ayam yg direbus (air utk nasi tu) tak perlu dipotong2 ke.....masukkan terus sekor2 tu dlm periuk?......dah masak baru ptg2......betul ke step ne....


18-07-2007, eton komen :

so.........ayamnya tak perlu digoreng la ye............


19-07-2007, fantasi4 komen :

ok aje. nampak sedap la


08-08-2007, cik jie komen :

mesti try nie...suka mkn nasi ayam tp xpnh msk lg..dh ada resepi leh la wat..time kacih for the recipe


10-08-2007, wkay komen :

Kalau bukan beras wangi, mana nak dapat nasi yang cantik dan berderai. Ataupun kita boleh guna brasmati tak sebab berasnya memang berderai kalau kena gaya masaknya.


14-11-2007, mengnash komen :

Saya ada kawan cini .. nasi ayam hainan ayam dia kena perap dgn halia dan kukus dan bakar sikit bagi bauu ajeee... Sos dia kena pakai bawang putih dan cili cameron merah dan bland dan perah lima kasturi ...... akan bawa bau dia naikk .. Jgn pakai lemon sebab bau tak naikk ... Sedappp .....


14-11-2007, alamanda_s komen :

mengnash apa kata u letak resepi kat sini..i pun teringin nak ikut resepi kawan u tue....mesti sedapkan...


14-11-2007, Itarossi komen :

Hai... mencelah sikit. Apa yg sya tahu beza nasi ayam hainan ngan yg lain ialah masa tumis bahan2 utk nasi tu x tumis ngan butter/margerin. Tumis ngan minyak masak + lemak ayam seketul/2 ketul. Sya dah cuba, memang lain & sedap rasanya.


28-11-2007, twinkle komen :

sy nak try lah...cam sedap...mmm...yummy...:)


29-11-2007, ida_abadi komen :

nak cuba lah hari minggu nanti... cam sedap ajer....


01-12-2007, nina_addin komen :

emmm bestnye nasi ayam.. ada tak sape sape kat sini tau resipi nasi ayam penyet... sedap tuuuu


12-01-2008, rusdhi komen :

mungkin pembaca semua nak cuba resepi nasi ayam baru...layari, www.mykitchenstudio.blogspot.com


09-06-2008, Farah kamaruddin komen :

nyam!nyam! cam sdap je... teringin lak nak mkn nasi ayam taugeh.... ( lama giler x mkn mskn ni) sape ade resepi ek... kongsi laa.....


20-06-2008, Mardawiyyah komen :

cuba tumis ngan butter+ lemak ayam all the bawang+garlic=halia+penumis.tumis juga daun pandan(instead of simpul and campak dlm air masak beras tuh),then tumis beras skali instead of masukkan air.bila beras dah sebati ngan butter tuh,baru masuk air.nasi akan cantik berderai n x 'pecah perut' (betul ke istilah tuh?)/x jd pendek2.mmg terangkat.as for ayam plak,mar biasa perap dulu ngan halia n bwng putih+ garam agak2 1 jam sebelum masak.lagi sebati n ayam jd lebih sedap.tahu2 jerlah ayam skang rasa mcm mana kan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu