oleh: Resepi2011 Sagu pisang Lemak manis

Dscn1293

koleksi resepi


Created on : 24-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Resepi2011




Share


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 11/2 cawan tepung beras.
  • 6 biji pisang berangan/ pisang yang disukai.
  • 11/2 cawan sagu kecil (dibasuh dan toskan )
  • 1/2 biji kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak)
  • 1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir.
  • Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.
  • 21/2 cawan santan ( 1 kotak santan jadikan 21/2 cawan)
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Pisang di lenyek hingga hancur.
  2. Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.
  3. Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu.
  4. Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.
  5. Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
  6. Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.
  7. Kite guna sagu warna hijau coz itu je yg ada kat rumah n gula pun campur gula merah sikit..inilah hasilnya..Enak sebagai minum petang.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1304
24-12-2011
Ini hasilnya..maaf teman myr kerana kite masih tak boleh nak edit gambar dalam cara2... dah cuba banyak kali tapi tak mau juga...selamat mencuba bagi yang ingin membuatnya...
Laporan oleh: Resepi2011

Komen (1)

24-12-2011, Mr nice guy komen :

jgn cakap kuih cam ni sedap,,,


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu