oleh: marjina Daging Gulai Darat Versi Perantau

Daging_gulai_darat

untuk anak rantau yang teringin nak makan gulai darat tapi takde rempah gulai. resepi olahan dari internet.


Created on : 24-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi marjina




Share


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Daging lembu dipotong kecil-kecil - saya guna dalam -/+ 350gram daging sahaja
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 inci halia
  • 1-2 hiris kecil lengkuas - jangan banyak sangat,nnt payau
  • Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup
  • 1 sudu teh cili giling/boh
  • 1/2 biji bawang merah size sederhana dan 3 ulas bawang putih
  • Gula melaka/brown sugar/gula jawa secukup rasa - yang mana available
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 asam keping
  • 1/2 tin santan dan sedikit air
  • Garam secukupnya
  • Nota : Kesemua ini adalah bahan asas untuk gulai darat. Sukatan untuk bahan-bahan diatas boleh dikurang/diganda bergantung kepada kuantiti/jumlah daging.

Cara-cara

  1. Ketumbar+jintan manis+halia+lengkuas+kunyit+cili+bawang merah + bawang putih +kerisik dikisar kering (tanpa guna air).
  2. Perap daging dengan bahan-bahan yang dikisar kering dalam periuk. Biarkan sekejap.
  3. Masak daging yang telah diperap sekejap tadi. Jangan tambah air kerana air daging akan keluar. Kacaukan daging dan biarkan sampai mendidih.
  4. Masukkan santan + gula + garam sedikit. Masukkan juga asam keping dan sedikit air. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging empuk dan kuah sudah pekat/kering sedikit. Jika kuah sudah pekat/kering tetapi daging masih belum empuk boleh tambah air sedikit dan biarkan hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat/kering kembali.
  5. Boleh tambah cili merah dan kacang panjang (kalau ada). Biarkan sekejap. Pastikan gulai cukup rasanya.
  6. Boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi dagang atau apa-apa nasi yang sesuai.
  7. Selamat Mencuba! :)

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

24-12-2011, pucuk rebong komen :

marjina..daging gulai darat ni x guna santan ke?..nampak kuning x guna cili padi ke...nampak gambar amat sedap...rasa lapar plk.


24-12-2011, marjina komen :

pucuk rebong, ada guna santan tapi tak guna cili api. hanya guna cili kisar/boh. kuning tu sbb letak kunyit.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu