Google+

oleh: sharifah azizah ayam masak kicap

Dsc_0401

masakan style jawa


Created on : 23-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sharifah azizah




Bahan-bahan ( utk lima orang )

  • 500g ayam , potong dan basuh
  • 2 ubi kentang dipotong ikut style masing2
  • 2 ulas bawang putih, kisar
  • 2 labu bawang besar, dipotong nipis
  • 2sm halia, dititik@hiris seperti batang macis
  • 1 asam keping
  • kicap manis
  • serbuk lada hitam, garam dan perasa
  • cili merah dan daun sop utk hiasan
  • 2 sudu minyak utk menumis

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bawang outih dan halia.
  2. bila naik bau, masukkan ayam, kentang, asam keping. tambah lebih kurang 1 cawan air, kecilkan api. tutup periuk, renihkan(didihkan dgn api kecil) lebih kurang 10 minit @ bila kentang empuk.
  3. bila kentang empuk , ayam pun sedang elok empuknya.
  4. masukan bahan2 lain. rasa asam garamnya. tambah sedikit gula jika suka. hias dengan daun sop. boleh dihidang dgn nasi @ pelengkap lontong

Tag

Lauk Pauk

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (5)

23-12-2011, lady_effa komen :

menarik.. kalau org jwa kat kg effa diorg letak ubi kentang & suun.. ;)


24-12-2011, purplerossa komen :

nampak sedap..suke ayam kicap :) slalu msk,tak letak asam keping..insyaAllah bleh try resipi ni..thanx sharifah..


24-12-2011, pucuk rebong komen :

nampak sedap ayam masak kicap tu...dah selalu buat...tapi nak cuba resepi s.azizah ni plk. saya x pernah taruh asam keping.


29-12-2011, sharifah azizah komen :

ye. mak akak pun selalu buat macam tu masa akak kecik2 dulu...kami 3 beradik berebut tang suunnya je...


29-12-2011, sharifah azizah komen :

rossa n p rebung, mak akak masak masukkan sedikit air asam jawa utk buang hanyir ayam n melambatkan basi...tapi akak ni malas. asam keping pun ok kan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd