Google+

oleh: amal_asshifa87 Tom Yam Ayam

No picture

Resepi daripada nenek..


Created on : 22-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi amal_asshifa87




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
  • Cili padi - dihiris (ikut suka, kalau nak pedas letakkan banyak)
  • 7/8 ulas bawang putih (4/5 ulas ditumbuk dan 3 ulas diketuk)
  • 3 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas-diketuk
  • air limau nipis (boleh juga digantikan dengan air limau kasturi)
  • 2 inci halia (1 inci ditumbuk dan 1 inci lagi diketuk)
  • garam, gula dan aji secukupnya
  • 3 biji tomato dan kubis bunga - dihiris
  • 1 paket rempah tom yam ADABI
  • Air (kalau nak banyak kuah, masukkan banyak air)
  • 1 bawang besar - potong bulat

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak.Kemudian masukkan air dan rempah tomyam ADABI.
  3. Masukkan bawang besar, cili padi, bawang putih (diketuk), halia (diketuk) dan lengkuas (diketuk) serta tomato dan kubis bunga.
  4. Perasakan dengan air limau nipis, garam, gula dan aji.
  5. Masukkan serai dan daun limau purut. Gaulkan seketika sampai mendidih.
  6. Sedia dihidang. :)

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd