Google+

oleh: DianaA Dalca Sayur

Dalcasayur

dihidangkan bersama Nasi Bukhari dan Ayam Masak Merah...


Created on : 07-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 300 gm daging rusuk
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya
  • garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • ### Bahan untuk dikisar ###
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Cara-cara

  1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
  2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
  3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
  4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
  5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
  8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (5)

Sayur_dalca
07-07-2009
First time masak dalca....Menjadi plak tu....Gumbira sungguh hati ini....Thanks D....
Laporan oleh: Nenie
Dalca_sayur
25-08-2009
wat untuk berbuka...ada yg nk mkn ngan roti dn dgn nasi jugak....tq D... :)
Laporan oleh: kak fida
Dalca1
16-12-2010
Dah lama buat, tp bru hari ni hntr laporan. T.Kasih ya utk resepi ni :)
Laporan oleh: mrs_noor
Dalca
28-03-2013
Thanks Diana for the awesome recipe.. :)
Laporan oleh: GiftNFavor
Dsc06481
07-02-2014
lebih kurang dgn rspi mak jugak! buat cicah dgn roti canai sedap sgt2.. tq diana :)
Laporan oleh: k.zila66


Komen (9)

07-05-2007, umi_e komen :

wah D.... sekali keluar resipi berderet :) bestnya dapat resipi untuk complete meal hujung minggu ;)


07-05-2007, Mat Gebu komen :

D u nie ibarat ubi kan, diam2 berisi, sekali keluar resipi...complete u. Tak taulah nak kata apa kalau lepas nie anak2 dara tak reti nak masak (kalau setakat masak air, anak sedara mat darjah 2 pun reti).


07-05-2007, DianaA komen :

>>> Umie ada masa terluang, lama tak jenguk sini.. update kejap... nilah D sesekali keluarkan banyak2 *malu* >>> Mat you nih kelakar, anak2 dara sekarang pun terror tau masak... tapi ada gak yang dah kawin baru nak belajar masak... haaa tang tu kat sini amat berguna :D


07-05-2007, Mat Gebu komen :

Alah D buat apa nak malu, bukan kita buat benda tak elok, kan sini kita nak berkongsi resipi...kalau ada lah sesapa kata u dan yg lain saja nak xsen masuk resipi byk2 kat sini...ish sah tak normal depa tuuuu....kira tak leh campur dgn org....dok dlm hutan lagi elok. Tengah berangan2 nak buat botok2 nie....hmm bila lah leh jadi agaknya...


06-08-2008, moyang komen :

assalammualaikom, moyang tgh servey dalca ni, tapi moyang tak jumpa pun dalca ikan masin, sapa-sapa ada tlg publish ok, tema kasih.


21-08-2010, supersikut komen :

tq diana..cara masak ni sama dgn mak saya buat. sedap..alahai rinduu lak kek omak den..


24-01-2011, hunny bee komen :

cdap ka dalca nie??lau daging tukar ngan ikn masin boleh ka???


15-11-2011, Yusmani komen :

tq


01-04-2012, puteri nur komen :

thanks resepi,memang feveret ni.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd