Google+

oleh: reezna_khan@yahoo.com biskut ice nestum

Dsc01780

resipi ni saya dpt dr seorang hamba Allah(miza)terima kasih byk saya ucapkn kt dia,ni kali ke 3 buat baru menjadi.senang je....


Created on : 16-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi reezna_khan@yahoo.com




Bahan-bahan ( lebih kurang dlm 100 biji )

  • 250gm mentega
  • 90gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sd mkn vanilla
  • 100gm nestum(dikisar)
  • 300gm tepung gandum
  • topping:50ml putih telur
  • 150gm gula aising
  • 1 sd mkn tepung jagung

Cara-cara

  1. pukul mentega dan gula sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur,tepung jagung,tepung gandum,nestum kisar dan vanilla.gaul sebati.
  2. bila dah jd doh,canaikan dgn acuan bulat sebesar syiling lima puluh sen.jgn terlalu tebal,nanti lambat masak,hangus pulak ice topping tu nanti.
  3. cara buat topping ice plak.pukul putih telur sampai kembang n kental.lepas tu masukkan gula aising,pukul lagi sampai kembang(foamy la).kemudian masukkan tepung jagung plak,pukul lagi.
  4. kemudian paipkan ice topping tu ke atas biskut tadi.kemudian lorekkan coklat mulco ke atasnya.(gunakan pencungkil gigi).
  5. kemudian bakar selama 25 mnt,pd suhu 170c.atau ikut kepanasan oven masing2 lah.kalau dah boleh di tolak biskut tu,dah masak lah tu.ok selamat mencuba kawan2.








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

16-12-2011, Greentea komen :

Mcm senang je tp topping tu akan keras jga ka bila da masak nanti.


17-12-2011, reezna_khan@yahoo.com komen :

greentea,taklah...skali ngap dah rapuh kt lam mulut...topping dia lembut je bila dh masak nnti...mcm marsmallow..hehehe....bolelh cuba ye greentea....


18-12-2011, Virus komen :

mcm mama caries


13-02-2013, shidazaid komen :

alhamdulilah sy da cuba.. wat setengah adunan.. mestum tu saya xkisar pun malas. alhamdulilah jadi.. masa raya beli biskut ni 50 biji rm23.00. so sekarang da tau buat leh la buat.. terima kasih.. topping atas yg saya buat, jenis cair dlm mulut.. saya masuk kan topping tu dlm peti ais seketika.. bila kuar ranggup, bila masuk dlm mulut cair.. xsampai 1 jam biskut da licin


21-05-2013, liena aziz komen :

dlm adunan biskut tu ada tepung tp brapa byk jumlahnya blh bgtau tak harap dpt maklum balas ye


21-05-2013, liena aziz komen :

tepung jagung nya byk mna dlm adunan biskut tu sori td salah tya tepung


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu