oleh: Ayu61279 Pak Choy Oyster with Shitake Mushroom

Dsc04023

Cepat & mudah!


Created on : 04-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Sayur Pak Choy (boleh diganti dgn sawi)
  • Cendawan shitake (boleh guna yg segar atau kering)
  • Tauhu Jepun - digoreng (optional)
  • 2-3 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • Stok ayam (klu takde boleh guna kiub ayam)
  • Air (klu guna stok,tak perlu la guna air lagi)
  • Minyak - utk menumis
  • Garam (optional)
  • 3-4 titik minyak bijan (optional)

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih yang telah dicincang kasar.Tak perlu sampai terlalu garing.
  2. Masukkan stok ayam ataupun air.sekiranya takde stok,masukkan sedikit kiub ayam.
  3. Masukkan sos tiram dan biarkan ia mereneh seketika.Boleh masukkan minyak bijan sekiranya suka.
  4. Masukkan cendawan shitake dan tauhu jepun yg telah digoreng terlebih dahulu.Sekiranya menggunakan cendawan yg kering,rendam dlm air suam 10-15minit sebelum memasak.
  5. Akhir sekali masukkan sayur pak choy dan biarkan ia layu sedikit sebelum tutup api.Klu kuah tu nak pekat,masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau seketika.
  6. Ayu tak tambah garam sebab sos tiram & stok tu dah rasa masin.Tapi ikut selera masing2 la.Pada sesiapa yg suka masin,boleh la tambah garam lagi.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

04-05-2007, Ayu61279 komen :

Hm...lupa lak nak gitau...cendawan tu boleh dipotong empat or dihiris mcm yg ayu buat tu.ikut suka korg la ye...


04-05-2007, hzasabrina komen :

wow...akhirnye,kuar gak resipi ayu...sedapnye...


04-05-2007, Ayu61279 komen :

hehehehehe....resepi biasa je haiza.klu darurat sgt (kes nak kejar masa) ni jela ayu masak.cik abg tu klu mkn mesti nak b'kuah.so....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu