oleh: choppy Jemput-jemput ikan bilis

Jemput-jemput

cekodok ikan bilis


Created on : 25-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
  • 5 batang daun bawang
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar- hiris
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga kuning/perang.




Laporan Masakan Bergambar (4)

Jemput-jemput
16-09-2006
memang rangguplah.. best
Laporan oleh: yani
Dsc00902
10-02-2007
rangup2 :D tp xltk daun bwg. xde dlm stok. tp stil oke ! ;)
Laporan oleh: pijah
Imag0052
18-02-2007
very d rangup, tp warna x cantik sgt, mgkn sbb lama sgt menggoreng...=)
Laporan oleh: xera
Jemput2_ikan_bilis
07-02-2008
Buat untuk minum petang, petang tadi. Sedap gak...
Laporan oleh: rossitamz

Komen (18)

31-07-2006, tni komen :

saye xtau plak dlm jemput² ada bubuh gula?? bg yg suka pedas(mcm suami saye), saye tambah cili hidup yg dihiris.:)


31-07-2006, choppy komen :

gula tu bubuh sket je.. takde pun rasa manisnye.. tapi kalo tak bubuh rasa lainlah pulak..


31-08-2006, sammul chan komen :

rasanye biasa jer.....takdelah sedap sangat.Kalau tak percaya cuba rasa sendiri.


03-09-2006, Papit komen :

rasanya sedap dan rangup


07-09-2006, lin komen :

tengok gambar macam nak buat je dis weekend, tapi cara kita lah...


07-09-2006, yani komen :

lin.. meh la tempek resepi jemput2 u pulak


16-09-2006, yani komen :

betul lah macam kata Papit tu rangguplah.. tima kaceh choppy ;)


18-09-2006, konah komen :

emm...saya suka letak ikan bilis sekor², kalu serbuk jer tak bes..


12-10-2006, Ahlia Mahathir komen :

haa...sammul chan kalau u nak rase nyer luarbiasa..masaklah dengan mula2 sekali baca "BISMILLAH" dan perbanyakkan zikir sewaktu menggoreng dan disudahi kerja2 menggoreng dengan "ALHAMDULILLAH".... InsyaAllah...Allah bagi sedap luarbiasa...!!!


09-11-2006, nsapura komen :

cara saya plak mixture tuh ditambah ngan cili boh sikit...


05-03-2007, nadiah komen :

kalo nak letak udang n ikan bilis pun leh jgk kan


13-03-2007, angela komen :

kenape jemput2 saya keras?


09-04-2007, tukangmasakMUDA komen :

emphhh...tumpang lalu. ikut lah cara mana pun, ia tetap sedap. Masing2 punya 'setail'. Bak kata Fatin AF5 tu>> "Ada "setyle" lahhhh...huhuhu... Sedap reispi tu... Macam 'Jemput2 Compact'-sowii, tak der kat sini resipi nya. huiks!


04-06-2007, hamima komen :

jemput2 sy pun selalu keras..sy saspek api utk menggoreng prlahan sgt kot.Takkan nk bancuh cair2 sgt nnti bentuk x cantik plak..tolong sape2 suggest camne nk bg lmbut?..tq


17-08-2007, ina sayang komen :

cuba letak telur 1 biji.. itu yg saya selalu buat.. setakat ni tak penah keras lg, bila dah sejukpun masih lembut. suami den suka yg letak cili api ptg.. takyah cicahpun tak pa.


20-08-2007, muziana komen :

saya buat jemput ikan bilis nie ayak dulu tepung nyer campur sikit bikarbonat pastu bancuh ngan air suam.....fuhhhh best woooo.......


22-03-2008, ruhani komen :

kalu nak sedap, bancuh dengan air suam dan jangan terus goreng biarkan lebih kurang 10 minit bari digoreng, baru lah texture jenput-jemput tadi cantik


17-06-2008, MakOrang komen :

tujuan letak minyak tu kalo tak salah saya mmg untuk bg dia rangup. nnt nak try la letak telur & bancuh dgn air suam... tq...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu