oleh: Resepi2011 Kek Lapis Kukus Asam Manis

Dscn0871

Kuih yang digemari keluarga..


Created on : 02-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Resepi2011




Share


Bahan-bahan ( saiz kek 26cm )

  • 250g mentega
  • 240g gula kastor
  • 350g biskut marie ( jika tak ada apa2 biskut kreaker - kisar halus )
  • 1camt baking powder
  • 120 ml susu pekat manis
  • 7 biji telur
  • 1 camt esen vanila
  • Dua jenis warna yang berbeza ( kite guna kuning n hijau )
  • 2 peket asam haw flakes

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (Kite guna senduk kayu aje )
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan susu, esen vanila dan biskut marie kisar ke dalam adunan. Kacau hingga rata.
  4. Sementara itu sediakan kukusan dan panaskan loyang ( lanser dengan mentega )
  5. Bahagikan kepada dua adunan dan bubuh warna yang berbeza ( cth kuning n hijau )
  6. Tuang 5 sudu makan adunan kuning kedalam loyang dalam kukusan dan ratakan. Biar masak kira-kira 10 minit.
  7. Letakkan asam haw flakes atas lapisan tadi. Tuangkan pula warna yang berbeza 5 sudu makan ratakan. Kukus hingga masak..
  8. Pastikan benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
  9. Enak di makan sebagai minum petang bersama keluarga..


Laporan Masakan Bergambar (1)

Kek_lapis
08-12-2011
alhamdulillah jadi jugak..tq..:)
Laporan oleh: kakgee72

Salam pekenalan. wow, comel nampak Kek! Terima kasih kerana mencuba.


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu