oleh: missmyra Kek Red Velvet

Img-20111127-00330

senang untuk yang baru nak mencuba,kek yang agak moist


Created on : 01-12-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi missmyra




Share


Bahan-bahan ( boleh dimakan lebih dari 10 orang )

  • Untuk kek :
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 1 camca besar serbuk koko
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh soda bikarbonat(jangan letak lebih kurang takpe :) )
  • 1 camca teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan buttermilk (kalau takde boleh pakai susu segar,1 cawan susu segar campur 3/4 camca teh cuka biarkan selama 10 minit)
  • 1 camca besar cuka
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 2 oz pewarna merah
  • untuk cream cheese topping :
  • 200ml whipped cream
  • 250g mascarpone
  • 175g cream cheese phidelphia
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 cawan gula ising

Cara-cara

  1. panaskan oven selama 10-15 minit pada suhu 175 degree celcius
  2. pukul telur dan campurkan semua bahan-bahan yang basah di dalam satu bekas
  3. campurkan semua bahan yang kering di dalam bekas yang lebih besar.kacau hingga sebati.kalau nak ayak lagi bagus. :)
  4. masukkan bahan yang basah ke dalam bekas yang ada bahan-bahan yang kering tadi.
  5. kacau guna mixer(tangan pun boleh) sehingga sebati.make sure start dari kelajuan yang rendah supaya tepung tak terbang haha
  6. bakar dalam oven selama 40 minit(bergantung kepada oven anda).saya pusingkan kek selepas 30 minit supaya kek masak dengan sekata.
  7. untuk cream cheese topping : kacau mascarpone dan cream cheese selama lebih kurang 5 minit,masukkan gula dan esen vanilla,kacau hingga sebati.akhir sekali masukkan whipped cream dan kacau selama 6-7 minit.kalau cair sangat kacau lagi hingga pekat tapi jangan lama-lama.lepastu simpan sekejap dalam peti ais supaya senang nak bubuh atas kek nanti.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

02-12-2011, sally2011 komen :

boleh bg resepi dlm bentuk gram x? kalo guna cwn xpandai la.. tq yer


03-12-2011, Resepi2011 komen :

Salam sally.. biasanya kalau sukatan cawan tu guna cawan standart..ada jual kat kedai bahan buat kek..Ataupun guna cawan arcopal tu je..


11-02-2012, Jue Hussin komen :

Sally, kalo tak de cawan sukatan tu, bleh gunakan apa2 cawan.. tp semua bahan mesti sukat ikut cawan yg sama ler..


26-02-2012, hon€¥ komen :

Sory nk tnye sket..telur 2 nk kena pukul smpai kmbang ke?pastu bhn2 bsh 2 letak 1 bekas gn telur ke..sory la byk tnye...huhu..:-D


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu