Google+

oleh: suriHati Kerabu Perut

Picture_067

cubalah


Created on : 03-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi suriHati




Bahan-bahan ( utk 4 org mkn )

  • 1/2 kg Perut - direbus dengan sedikit halia dan serai dan dipotong halus
  • 2 ekor ikan kembung- direbus diambil isinya
  • 1 biji tomato- dihiris atau dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris atau dipotong dadu
  • 1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
  • sedikit daun kesum - dihiris halus
  • 3 biji limau kasturi - diambil airnya
  • 3 biji cili api - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • sedikit gula dan garam

Cara-cara

  1. Isi ikan dihancurkan menggunakan sudu
  2. Campurkan semua bahan dan digaul rata

Tag

Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc_0123resize
17-12-2009
ini versi saya pulak :p husband suka.
Laporan oleh: wafaalatiff
Dsc04100
17-02-2013
sedap! ratah gitu jer..tenkiu.
Laporan oleh: k.zila66
Dsc04103
17-02-2013
yg ni verci k.zila, letak cikit taugeh ngn kerisik...
Laporan oleh: k.zila66


Komen (10)

03-05-2007, shaliza81 komen :

sedapnya nih..


03-05-2007, suriHati komen :

hai shaliza..mmg simple tapi sedap.. :-)


03-05-2007, shaliza81 komen :

dah biasa buat kt umah nih cuma tak letak isi ikan je..buat kerabu biasa letak banyak daun n klapa goreng yg ditumbuk


03-05-2007, suriHati komen :

erm...sedap gak letak kelapa, kalau mak suri, letak kerisik. tapi nk buat semalam, main campak aja apa yg ada.. kebetulan 2 hari lepas buat laksa, so ada la kesum ngan kantan, hehhe...campak aja la... selalu buat, letak jantung pisang yg direbus..sedap gak tapi namanya pun kerabu kan, campak ajalah apa yg ada..


03-05-2007, cutevirus8 komen :

waah... terliurnyer... time cute ngandung dulu susah tul nak dapat perut ni. makcik cute carik satu sabak bernam takde... nak try la bile balik kg nanti....


03-05-2007, suriHati komen :

biasalah cute, time nak mmg susah nk dapat semalam hubby beli perut malas nk masak ape2, senang wat kerabu jer..sbb tingat mak kat kg selalu buat. sib baik dia makan tanpa banyak songeh.. :-D


22-08-2010, faizol komen :

sedapnya,blm rasa dh tau sedapnya..


26-03-2011, saha komen :

mesti cuba


19-07-2011, Kaseh Mawar komen :

suami mmg ska kerabu perut tp bli jelh.dh ada resepi ne blh lh try.


28-09-2011, ashma komen :

memang sedap pn kerabu perut ni.biasa beli je,tp kali ni bolh buat sendiri.....tq akak


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd