oleh: Resepi2011 Dadih Permata Bonda

Dscn0663_1_

Pencuci mulut kegemaran keluarga


Created on : 26-11-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Resepi2011




Share


Bahan-bahan ( 32 biji )

  • 20g agar agar ( direndam )
  • 20 cawan air
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 400g coffe mate
  • 1 camb susu tepung
  • 2 camb serbuk koko + 1/4 cawan air panas
  • Sebagai hiasan boleh gunakan buah-buahan segar atau koktail dalm tin

Cara-cara

  1. Toskan agar-agar dan masakkan dengan air ( 20 cawan ).
  2. Setelah hancur masukkan gula pasir kacau dengan api perlahan hingga gula larut.
  3. Tambahkan susu cair, coffe mate dan susu tepung. Kacau selalu sehingga mendidih.Kecilkan api.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu di tambah esen vanila dan satu lagi di tambah dengan koko yang telah dibancuh dengan air panas.(Jika koko berketul hendaklah di tapis.)
  5. Panaskan kembali ke dua-dua bahagian di atas api perlahan sehingga mendidih ( sambil di kacau selalu).Padamkan api.
  6. Dscn0660_1_
    Tuangkan bahagian koko ke dalam bekas dadih sebanyak 1/4 bahagian. Buat sehingga habis.
  7. Simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku sehingga agak beku. (Bahagian satu lagi hendaklah dikacau selalu agar tidak beku di bahagian atas).
  8. Kemudian tuangkan bahagian satu lagi itu sehingga 3/4 penuh bekas, buat sehingga habis sejukkan dalam peti ais.
  9. Hiaskan dengan koktail atau buah-buahan segar sebelum dihidang.
  10. Untuk rasa yg lebih enak guna susu cair AIDIL n susu tepung membuatkan rasanya lemak berkrim
  11. Jika nak mudah gunakan satu perasa sahaja selepas langkah 3 tambahkan sahaja ensen sedikit esen vanila dan perisa digemari dan pewarna/ guna emalco spt emalco coklat dll

Tag

desert


Laporan Masakan Bergambar (2)

Dscn1514
23-01-2012
kite wat atas permintaan..perasa jagung..
Laporan oleh: Resepi2011
Dscn1515
23-01-2012
Yang ni perasa sirap bandung.Jika nak bubuh perasa lain abaikan tambahan koko...bubuh dengan apa2 perasa yg digemari.coklat emalco, strawbery emalco, coffe emalco...
Laporan oleh: Resepi2011

Komen (5)

19-12-2011, wawa atasinchi komen :

salam...nk tnya sikit 1 camb tu maksudnya?1/4 can?pls help me


22-12-2011, Resepi2011 komen :

Salam Wawa..1 camb tu satu camca besar n 1/4 can tu tersilap taip 1/4 cawan..nanti kite edit


22-12-2011, Resepi2011 komen :

Ops..satu lagi baru perasan bukan 2 cawan air tapi 20 cawan air silap taip ...sorry..Apa2 selamat mencuba...Kite boleh juga bubuh perasa lain seperti vanila, strawberi, keladi,jagung dll...


30-12-2011, Farah Amirah komen :

nampak ringkas dan mudah..nak cubalah buat nanti..


02-01-2012, Resepi2011 komen :

Salam Farah sebenonye resepi ni kawan yg bagi..coz anak2 suka sangat nak beli selalu tak mampulah pulak...so..bila teringin nak makan kite buatlah...banyak dapat..puas anak kite makan...Nak lagi ringkas buat satu perasa saja ...koko tu ganti dengan pes strawberi, keladi jagung ke ...ikut selera anak...Bila makan sejuk emmm...lembut masuk ke tekak...Selamat mencuba...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu