Google+

oleh: quinnie Nasi ayam ipoh hainan

Nasi

saya hainan kan resepi nasi ayam ipoh saya tu..:) kalau suka minyak bijan boleh cuba resepi ni...dia ada beza skit sebab hidang dgn taugeh..


Created on : 26-11-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi quinnie




Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • *BAHAN AYAM*(utk 1 org punya makan)
  • 3 ketul ayam
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1-2 titik kicap cair
  • 1 sudu besar sup
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • garam
  • *BAHAN TAUGEH* (1 org punya hidangan)
  • semangkok kecil taugeh
  • 1 sudu besar sup
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 2 titik kicap cair
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • 2 hiris halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • garam n gula secukupnya
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • *BAHAN SAMPINGAN*
  • daun sup dan bawang yg dihiris, timun yg dihiris, tomato yg dihiris,

Cara-cara

  1. cara utk buat air rebusan ayam...mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. ayam tu biar betul2 masak...sebab kita tak goreng dah...cucuk dgn garfu tengok kalau ayam tu dah masak ke belum..air biar betul2 didih masa masukkan ayam..biasanya 20 minit tu dah o.k dah..
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia cair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. cara penyediaan ayam, ambil 3 ketul ayam yg telah masak dan telah di toskan tadi. kemudian...potong siap2 ayam tu biar mudah waktu makan nanti.... masukkan kedalam satu mangkok..kemudian masukkan minyak bijan...kicap cair dan sup...kacau2 rata...kemudian boleh la hidangkan kedalam piring keci
  5. cara penyediaan taugeh....masak sedikit air didalam periuk...biarkan air didih....lepas didih je air..terus tutup api..masukkan taugeh..dan terus je tos...takyah lama2 proses celor nanti taugeh layu....masukkan taugeh kedalam mangkok...lepas tu masukkan kicap...air sup dan minyak bijan...kacau rata...lepas tu letakkan kedalam piring dan hias dgn daun sup dan bawang diatas taugeh tu tadi.
  6. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.cili tu air dia tak yah byk sgt..biar pekat..sebab cili ala hainan ni pekat skit cili dia...letak 1/2 cawan air sup tu pun dah cukup.
  7. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  8. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  9. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
  10. (nota: saya masak guna seekor ayam utk resepi ni...cuma bila nak hidang tu saya guna sukatan utk seorang punya makan ....taugeh tu pun sama..sebab ada ahli keluarga yg nak makan nasi ayam jenis biasa...)

Tag

ayam nasi

Laporan Masakan Bergambar (3)

Sos
26-11-2011
gambar bahan sampingan utk nasi ni...
Laporan oleh: quinnie
Dsc04418
08-12-2013
Assalam Q, Buat nasi Ayam Hainan for the 1st time and akk buat dlm 2 versi. Sebelah goreng sebelah hainankan sbb anak2 tak minat sgt. Akk dua2 okay je. CedapPp3x ! tp syg tak letak taugeh sbb malas nak pegi kdai. Hehe . kalau letak mesti sedappkan. :)
Laporan oleh: k.zila66

tq kak zila sudi cuba resepi....saya pun boleh telan dua2 versi ayam ni...hihihi

Dsc04420
08-12-2013
ini lh versi hainan punya..he2.. tq2...
Laporan oleh: k.zila66

lamanya tak masak nasi ayam.....huhuhu



Komen (17)

26-11-2011, syalina komen :

slamat pagi Quinnie, sedap & mnarik rcp ni....dh tliur tgk presentation u... :))


26-11-2011, quinnie komen :

selamat pagi syalina..cubalah...senang je nak buat...list je yg nampak panjang lebar...:)


26-11-2011, kak ann komen :

tudiaa q... awainya dh siap msk... nanti nk try nasi aym ipoh q...xpenah try lagi tp semua org ckp sedap..teruja nk buat...


26-11-2011, edda jams komen :

Nmpak sedapp sesangat..hehe..blh try ni.. ;)


26-11-2011, mummyNawfal2 komen :

Nasi ayam ni feymes..harus try..tq Quinnie


26-11-2011, yusriaty komen :

wah sdpnye.. mst di cube nie..


26-11-2011, quinnie komen :

ann..dah lama masuk dlm perut ni ann...kekkeke..baru ada masak nak upload kat blog resepi ni...:)


26-11-2011, quinnie komen :

edda jams cuba la...kalau tak suka yg jenis cam ni bleh cuba yg asal...resepi saya jugak...tapi nasi ayam ipoh je..tak dek hainan..hehehe...


26-11-2011, quinnie komen :

mummynawfal2...ha..a saya pun tak sangka resepi nasi ayam ipoh saya tu glemer..heheh...yg ni lain skit cara hidangan dia..cuba lah..:)


26-11-2011, quinnie komen :

yusriaty..cuba lah ye..:)


26-11-2011, kakbesah komen :

salam quinnie.. nmpak sedap tuh.. o..beza nasi ayam ipoh ngn ipoh hainan tu pd ayamnye yg x digoreng yer.. agak menyihatkan tu.. tq Q..


27-11-2011, quinnie komen :

kak besah..salam maal hijrah buat akak sekeluarga..:) ye kak...yg ni versi hainan dia tak goreng ayam tu..rebus je..lepas tu taruk skit minyak bijan....saya dua2 versi suka..hehhehe...ayam kalau tak nak goreng boleh je kalau nak bakar yg resepi asal tu kak ..tak dek hal...hhehhe


27-11-2011, quinnie komen :

kak besah..alang2 menyembang ni kan..hehhehe..akak pernah tak buat putu sagon/ kuih sagon? dia bukan sagon..tapi bentuk putu..rasa macam sagon jugak la...


17-12-2011, baru_belajar komen :

yg sengkuang tu n lada sulah tu bile kena masukkan xpaham?


18-12-2011, quinnie komen :

baru belajar...lebihan air rebusan ayam tu awak masak balik utk dijadikan sup...just tambahkan aje sengkuang dan lada sulah serta garam kat dlm dia..didihkan sampai la sengkuang empuk...boleh paham ke?


24-12-2011, Farrah1209 komen :

X payah pakai rempah ler sup ayam ni?


31-12-2011, quinnie komen :

farah...tak perlu letak rempah utk sup ni..dia memang sup kosong..syle cina...tapi kalau u suka letak rempah apa salahnya..:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd