oleh: razatie kek coklat moist

Dsc00352

amik resepi ni dari busu kat gemencheh


Created on : 15-11-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi razatie




Share


Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

  • 2 3/4 cawan tepung kek
  • 1 cawan koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 6 biji telur (saiz B)
  • 250 gram butter (1 buku)
  • 3 cawam gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan air sejuk (ais)

Cara-cara

  1. ayak tepung bersama-sama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat - ketepikan
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Setelah itu, masukkan tepung yang telah diayak bersama koko tadi sedikit demi sedikit. Selang-seli kan dengan air sejuk
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit
  7. Masa untuk kek masak mungkin berbeza mengikut oven. Tapi sebagai petua, selepas 45 minit cucuk di tengah-tengah kek dengan lidi... Kalau adunan dah tak melekat kat lidi kira dah masak la.
  8. Pastikan 20 minit yang pertama kek di masak, jangan buka pintu oven!!! Nanti akan menjejaskan mutu kek yang anda masak. Bantat la konon nyerrr!!
  9. Kalau ikut semua petua diberi, confirm kek anda cantik. Dah masak nanti.. boleh la ditaburkan badam hancur kat atas kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

18-12-2011, mielie1406 komen :

buh la gambo...nk tgk gak result nye...hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu