Google+

oleh: kak chah no.one :) Donut Gebuss

Pb050209

Resepi donut yang tidak menggunakan marjerin. Sangat gebuusss...:) *update: Mesti cuba 1 lg resepi donut kat "donut extra gebuuss" sbb resepi tu donut dia lebih lembut dan tak keras bila sejuk walaupun biar smpai keesokan hari.


Created on : 12-11-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak chah no.one




Bahan-bahan ( 25 biji(saiz sederhana) )

  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur
  • 5 sudu makan susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 1/2 sudu makan lemak sayur
  • 2 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1 cawan air suam (masuk sedikit-sedikit, tambah dan kurangkan ikut keadaan)

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kecuali air dan telur. Gaul rata sehingga kesemua bahan sebati dengan tepung.
  2. Pukul telur sedikit (guna garfu je). Tuangkan dalam adunan.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan yang terbaik adalah masih melekit2 kat tangan. Tutup adunan dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.
  4. Tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin (ketika ini adunan dah tak melekit kat tangan dah). Bahagikan kepada 25 bahagian atau ikut suka nak besar atau kecil. Bulat2kan.
  5. Tabur sedit tepung gandum pada permukaan talam. Susun adunan yang dah dibahagi tadi. jarak2 sedikit. Tutup dengan plastik dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. (lebih kurang 1 jam ikut suhu kt tempat masing2 ye)
  6. Apabila adunan dah naik. Panaskan minyak yang banyak. Buat lubang ditengah-tengah adunan sebelum di angkat dan digoreng (kena ade skill nih)Minyak mestilah sederhana kepanasannya. Donut akan bewarna cerah tetapi masak didalamnya.
  7. Tabur donut dengan gula pasir yang dimesin halus. (Tak perlu halus sangat ya..) Selamat mencuba..daa









Laporan Masakan Bergambar (4)

P9271014
12-11-2011
Ini masa buat burger malaysia..guna resepi yang sama tetapi tak letak telur..still lembut dan yummy...
Laporan oleh: kak chah no.one
Imga0740
12-11-2011
salam.. kak chah, mmng gebusss & sedaaap wlaupun sy x letak telur, guna baking powder aja.. 3 sudu kecil, kwn2 mesti cuba! terbaikkk, kak chah mmg 6ber one lah.. tengkiuuu ;))
Laporan oleh: DatinLulu

u r welcome datin n tq jugak kerana berani cuba resepi ni...:))

Donut_kak_chah
28-12-2011
salam.. kak chah, sy buat lgi donut gebuss ni.. kasi make up ckit, wallaaa.. trimakasihhh ;))...
Laporan oleh: DatinLulu

Salam..waahh..menariknye donut ituuhh.. msa xmengizinkan KC utk mendonut..nk try + kentang lecek..mesti tambah gebuss kan*agaknye la..apa2 pun sma2 kasih n tq kerna mdonut guna resepi KC nih.:))

2012-03-04_16
04-03-2012
Salam Kak Chah... sy baru cuba tghari tdi. Mmg gebu & sedap sungguh... just sprinkle ngan icing sugar jer... tu pun sekejap jer dh licin di ngap ank2... Thnx yer.
Laporan oleh: k_honey

Komen (16)

12-11-2011, shimamanja komen :

selalu juga wat donat ni mmg naik.tp bila dh sejuk jd keras nape ye...


12-11-2011, kak chah no.one komen :

Sejuk tu dah brapa lama ye..saya selalu buat tapi bila sejuk masih lagi lembut..lemak sayur tak boleh terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan donut berkerak diluar dan bila sejuk ia akan rasa keras. bancuhan donut pun mestilah melekit kat tangan untuk dapatkan tekstur yang lembut tu.


12-11-2011, kak chah no.one komen :

Lagi satu donut perlu betul2 naik barulah digoreng. Kerana donut yang separa naik akan menyebabkan tekstur donut jadi bantat.


12-11-2011, lady_effa komen :

kak chah 1 1/2 biji telur tu camne ye? yg 1/2 lg tu putih saje ke kuning saje ke?


12-11-2011, lady_effa komen :

lagi satu klu guna baking pwder biasa je boleh tak?


12-11-2011, DatinLulu komen :

kusss semangat.. gebusssnya, sy pun baru nk tanya soklan yg sama, effa.. tntang baking powder tu, tang telur tu.. asingkn 1 biji.. pukul kejap dgn garfu, baru bahagi 2.. betul kot, tq kak chah :)


12-11-2011, kak chah no.one komen :

effa tak perlu asingkn telur putih dan kuning..ikut cakap DatinLulu dh betul tu datin..tapi tak perlu asingkn..agak2 je masa nak tuang..sebab kalo buat 1kg tepung kena guna 3 biji telur. baking powder biasa kak chah tak cuba lagi...tapi boleh jugak..cuma lambat sikit nak naik. Cuba tambah yis mauripan (guna separuh mauripan=5.5gm)sbb baking powder kalau byk sgt pun kuih rasa tak sedap.


12-11-2011, DatinLulu komen :

utk prkongsian brsama.. sy ayak brsama smua bhn kering kecuali gula, yis pula sy rendam 5 minit brsama air suam & ikut smua step yg kak chah beri.. sy x pndai nk bulat2kn dgn tgn, pakai acuan donut aja.. hasilnya sama 25 biji saiz M, tq kak chah :))


13-11-2011, kak chah no.one komen :

***camne ntah nak jwb laporan..huhuhu :(..jwb kt cni jelah...***slm..Datin..wah cepatnye antor laporan..mmm..cantik je donut tuh.. xyah letak telur pn xpe..janji lembut gak....mesti licin dh kena ngap...sama2 n tq sbb sudi cuba resepi ni...:))


13-11-2011, yongnani komen :

kak chah...bile dah log in kan, akan kuar resepi kak chah, pas tu terus klik kat resepi tu...n kak chah bole edit resepi dan jawb d gambar laporan tu...;)


13-11-2011, kak chah no.one komen :

Tq yongnani bg tunjuk ajar kat insan yang bru blajor nih..uhuhuk..dh berjaya:D


13-11-2011, ellyisna85 komen :

donat yg cantik,empuk dan gebu ne mengingatkan pd arwah mak sy..hihi..rs bahagianya. tm ksh kak..


14-11-2011, yongnani komen :

uhukhukhuk jugak lah...saye pon dulu kz yg ajarkan... same2 lah kite berkongsi ye... ;)


15-11-2011, kak chah no.one komen :

Al-Fatihah untuk arwah ibu ellyisna85.. n jgn lupa cuba taw..senyum sokmo ok:)


17-11-2011, anna suryana komen :

saya pun selalu buat donut.. still gebu.. bila letak dlm peti sejuk.. akan keras... ttp bila keluarkan... suhu bilik.. dia akan lembut balik... saya letak bread softener, yis, susu pekat, gula, garam dan telur.. he..he.. tq 4 resipi..


23-12-2012, watishaari komen :

esok nal cuba donat.. first time setelah hidup 44 tahun.. insyallah akan beri laporan jika berjaya .


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu