oleh: sya_annur Ayam Masak Madu

Ayam_madu_1

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya


Created on : 22-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.




Laporan Masakan Bergambar (10)

Ayammadu
01-08-2006
sedap.. boleh buat lagi pasni
Laporan oleh: choppy
08080004-1
09-08-2006
sedap! hingga menjilat jari...
Laporan oleh: lynn
Ayam
11-08-2006
memang sedapp..
Laporan oleh: yani
Ayammadu
22-09-2006
sedap.. tapi terkeringlah pulak kuahnya..
Laporan oleh: Makyong
Ayam_masak_madu
11-02-2007
sedap.. lupakan ayam masak madu kat mamak stall
Laporan oleh: nuwairah
Masakanku_011
21-05-2007
jadi kot.aku makan sedap jer
Laporan oleh: reza_ikram
Dscn1210
20-08-2007
sedap...suami sy siap simpan untuk bawa bekal gi tempat kerja esoknya.thanks.
Laporan oleh: afapai
S4021852
02-11-2007
taraaaa.....dah cuba resepi ni...my hb and kids semua suka.tq for share this resepi yg sangat sedap.tq
Laporan oleh: rabiatun
Picture_848
13-11-2007
sedap..timakasih!
Laporan oleh: junjs11
Dsc02515
17-03-2008
ssssseeeeeeddddaaaaappppp...
Laporan oleh: yatiezaini

Komen (27)

31-07-2006, choppy komen :

berapa lama agaknya kena perap ayam ni..


31-07-2006, sya komen :

paling kuarang tengah jam. lagi lama lagi resap rasanya


31-07-2006, choopy komen :

eheh dah masak dah tadi.. tak sempat tunggu tuan resepi gitau.. tak tahan godaan tengok gambar tu.. selama ni makan yang orang masak.. tapi hari ni 1st time masak sendiri.. yeah!.. sedapp.. boleh simpan resepi ni dalam kitab.. ada masa nanti nak masukkan gambar..


09-08-2006, yani komen :

uih kak lynn pun dah try.. nak kena try juga ni..


14-08-2006, hani-tihani komen :

akak pun buat dah. sedap. hubby pun suka :)


22-09-2006, sh.anez komen :

nk try utk resipi ramadhan nie.. utk suami tercinta.. harap2 cedap! :)


22-09-2006, diana komen :

mmg sedap!!!xrugi msk...


23-09-2006, belle komen :

sedaap sangat.... hujung minggu ni I make it for my husband


27-09-2006, lya komen :

nampak sedap tp cili kering, madu, gula merah n sos.................nak letak berapa banyak?


08-11-2006, nasrun83 komen :

nak mintak resipi chicken chop


14-11-2006, nursia komen :

RESIPI NI I DAH CUBA MMG SEDAP.ANAK SAYA SGT SUKA THANKS YA.


22-11-2006, shinchan komen :

cili kering tu byk mana guna?kene blend ke tak payah?


01-12-2006, marinara komen :

memang sedap anak-anak siap meratah je coz tak pedas.....tq


02-04-2007, ikanpatin komen :

ish... memang sedap la. semalam masak dgn nasi minyak hujan panas. licin periuk.. TQ (--,)


21-05-2007, reza_ikram komen :

mmg sedap!tak la aku berlapar sorang kat sini..huhu.thanx guys


25-05-2007, mimie78 komen :

ha....saya dah masak dah ikut resepi sya annur....alhamdulillah org dalam umah saya cakap sedap.....walaupun simple..... TQ.....


20-08-2007, afapai komen :

assalammualaikum.saya dah cuba resepi ni.memang best.terima kasih sbb bg resepi ni.kalau tak pening kepala sbb tak tau nak masak makanan yg manis untuk suami sbb saya cuma suka makan pedas2 je. suami puji masakkan sedap dan bertambah2.terima kasih.


24-08-2007, riez74 komen :

assalamulaikum.saya dah cuba resepi ini memang best. baru baru ni saya di panggil sebuah syarikat pengeluaran madu untuk menyediakan masakan berasaskan madu.mereka kata resepi ini memang best TQ.


25-09-2007, nufa komen :

cili kering tu yg dh siap blend ke?


12-11-2007, ammy komen :

Assalamualaikum, saya orang baru kat sini.. resipi ni sebijik resepi mak Dr. Fadzley, (saya pernah baca kat satu majalah masakan)yg beza nya..datin tu tak letak sos tomato, yang lain-lain sama..bagus ruangan ni..sebab berkongsi idea dan pendapat...nanti saya pun nak hantar resipi juga.


12-11-2007, Itarossi komen :

Hah?!! sama ngan resepi datin tu ke?.. nak try ni.. lg pun respon semua kata sedap.


18-11-2007, sangkura komen :

nak kene try ni .. hubby suka sgt ayam masak madu .. dh try kita letak gambar ...


03-02-2008, obama komen :

dah try sedap ler...dah ada gambar ni camana nak letak kat sini


12-03-2008, yatiezaini komen :

tgh dok perap ayam ni hahhhhh.... nanti dah masak karang .. kita bagi lapuran lintas lansung ... hihihi...


12-03-2008, yatiezaini komen :

sedap2..wlp td x de madu tadi..saya lebihkn gula melaka & tambahkn 2 btg serai..titikkn jer..mkn pulak ngan nasi minyak.. terangkat.. boleh cuba lagi lain kali..nanti saya hantar laporan.. tq :)


13-03-2008, muziana komen :

mcm mane nk tau sukatan....naper xder sukatan....


23-06-2008, ainsalsabila komen :

sy dah try wat .. tp apsal ayam madu sye tak rase madu ek .. macam ayam masak merah biase jer .. tak cukup madu kah ??? sile2 jwb .. hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu