oleh: yani Air soya & okara

Freshsoyabeans_okara

Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya)


Created on : 28-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

Tag

minuman




Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscn0938
06-05-2007
so refreshing!
Laporan oleh: checkmate

fuhh nampak ketulan ais tu.. sedap tu nak nak musim panas..

Soya
15-02-2008
emmm sedapnya soya buat sendiri. Siap buat taufu fa lagi. TQ
Laporan oleh: Haliza
Image_240_
14-09-2008
1st time buat air soya. Seronok. Cuma bila minum terasa bau hampas soya. Mungkin sy tak buang kulit lepas rendam kot. Terus buat tau fu fa. Tapi x jadi uwaaa....
Laporan oleh: som e one

Komen (8)

28-04-2007, are3646 komen :

sedapnyer air soya.. tp mna nak cari kain utk tapis soya tu...kena guna kain yg jenis nipis tu kann??


28-04-2007, yani komen :

are.. saya guna kain nipis .. beli kat 100yen shop


29-04-2007, syahmi komen :

are3646.....boleh le guna tapis kain yang orang buat teh kat kedai tu.. murah dan senang didapati dimana2..


29-04-2007, are3646 komen :

ok..tq, yani & syahmi...nnti leh buat laa..sbb tapis teh tu dah ader kat umah ni.


17-09-2007, kin.hashim komen :

Air soya yg saya buat jadi mendak... adakah disebabkan saya rendam kacang soya telalu lama lebih drp 24jam? Kulit kacang soya perlu dibuang ke sebelum diblend?


18-09-2007, Ringo komen :

kin.hashim, kalau rendam lebih dari 24 jam, mungkin soya tu dah jadi masam. kemungkinan jer. lebih2 lagi kalau cuaca panas. I buat tak kupas kulit, terus blend jer.


29-09-2007, kin.hashim komen :

oo..ok, tenkiu Ringo.. nanti saya cuba lagi..


15-08-2008, noraida komen :

ass yani boleh kasi resepi tau fu fah tak . kalau boleh versi yang senang sebab kat spore susah nak cari sek ko pls yani tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu