oleh: arebie Banana Muffin with Blueberry Filling

Dscf6981

Muffin, Mudah, Resepi olahan drpd kek pisang biasa


Created on : 31-10-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi arebie




Share


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 cawan pisang dilenyek
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan coklat urai
  • Filling Blueberry secukupnya
  • * cawan digunakan = 230ml

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, panaskan oven 180darjah.
  2. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun rata
  3. Masukkan minyak masak dan coklat urai , kacau sebati, selepas itu susunkan cup di dalam muffin tray. Sudukan adunan ke dlm muffin cup 1/2 penuh, picitkan filling blueberry, sudukan adunan lg hingga 3/4 penuh)
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 30 minit atau muffin menjadi coklat keperangan.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

31-10-2011, Aslieza komen :

wahh..nampak mcm best jer...nak try cube la nanti..tapi nanti nak try buat roti pizza dulu....pas 2....slow2 cr bhn utk kek muffin comel nie...he9


31-10-2011, arebie komen :

aslieza : cuba lah. insyaAllah x menghampakan. kalau suka filling lain boleh ubah ikut citarasa. tq ye


01-11-2011, AMir MUs komen :

klau taknak letak filling, nak letak choc chip dlm adunan, sukatan gula dia camane? klau tak letak filling muffin ni tawar or rasa manisnya still ok lg ?


01-11-2011, arebie komen :

Amir Mus : Boleh tanpa filling. Sukatan gula tetap sama walaupun dengan coklat cip. Muffin tetap manis walaupun tanpa filling sebab pisang yg digunakan sudah cukup masak. Kalau mahu, tambahkan gula jd 1 cawan kalau mus mahu muffin lebih manis. Sy suka yg sedang2 manisnye.. :)


01-11-2011, AMir MUs komen :

OK tq arebie, so sy akan guna gula 1cup, 1/2 coklat urai sy gantikan dgn choc chip.. :p


01-11-2011, arebie komen :

mus : yup betul.. jgn lupa hantar laporannya ya. tq sudi mencuba.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu