Google+

oleh: lynn Karipap Pusing

Karipap14

Sesuai untuk sarapan pagi atau juga minum petang.


Created on : 20-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lynn




Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
    Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
    Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
    Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
    Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?cat=4
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.








Laporan Masakan Bergambar (38)

Karipap
29-07-2006
sonoknye.. akhirnya berjaya juga buat karipap ni
Laporan oleh: vdia

tahniah vdia, sedap sedap, cun memang cun!

Karipap
24-12-2006
Terima kasih lynn!!! Jadi karipap pusing umi TAPI lenguhnya tangan umi nak menguli sampai berminyak :( TAK JUGA naik minyak :(( last2 umi buat je ler... dah rasa nak tercabut tangan tak berminyak2 juga padahal ikut cam cadangan Lynn buat kecik2/sikit2 dulu hehehe
Laporan oleh: umi_e

sama-sama umi_e, tahniah berjaya menguli dan menggulung karipap hehehe. letih erk sampai berminyak ;). nak cantik kenalah cam tu ulinya.

Karipap_pusing
26-12-2006
wow!! sedap karipap pusing nie.. rangup.. anak2 pon suka sampai x sempat nak simpan untuk esok. Tapi letihnye nak menguli sampai berminyak.. tima kasih lynn for the resepi.
Laporan oleh: dalinnasue

ye ke ? tahniah dalinnasue, suka sgt tau ramai yg dah cuba dan berjaya. sama2 resepi ni saya dah cuba dan berjaya tu yg teruja nak kongsi dgn org lain... alhamdulilah.

Cimg2056
29-12-2006
Pertama kali buat karipap, nampak tak cantik... menyesal pula sebab hari tu i gi shopping tak beli mold untuk curry puff. TAPI, rasa dia memang sedap!
Laporan oleh: skyblue

Tahniah skyblue, rasanya klu guna mold susah sket kot dan nanti membazir lak bhgn tepinya.. tp terpulang la, apapun dah cantik tu.

Cimg2250
13-01-2007
Kali ni karipap i dah betul2 boleh pusing... hehe
Laporan oleh: skyblue

tahniah!

Img_1176
10-06-2007
Buat utk breakfast pagi nie. Tapi I tak gunakan crisco cuma guna marjerin, telur putih, minyak sikit dan air garam tapi tetap sedap
Laporan oleh: Noreen

Criso boleh gantikan dgn minyak sayur jenama lain juga.

Dscn1289
03-07-2007
sll wat lupa nak snap..br ni wat lg..mmg best.thanks ya!
Laporan oleh: checkmate

most welcome dear...

Abcd0003
12-11-2007
yea yea! dah jadi!! (x cantik pun xpe.. nanti practise lagi..)
Laporan oleh: seriseroja

seronoknya... tahniah!

Dsc00360
20-04-2008
inilah pertama kali sy membuat karipap pusing. buat di uk plak tu.xsangka dpt buat jugak akhirnya dan hasilnya sgt sedap! thanks 4 the resipi..:)
Laporan oleh: kinut

sama-sama, gambar Dan resepi di atas saya buat semasa berada di Jepun dan kini saya di US

Photo-0145
14-05-2008
Asssalamualaikum....entan dah cuba dah, anak2 sume suka...dah buat utk jualan pun ni pun kali ke brapa dah buat tapi x ingat. T/kasih banyak2 ye.
Laporan oleh: e_entan

Wa'alaikumussalam, syukur ..Semoga bertambah rezeki...amin

Krppsg
11-06-2008
fist time wat karipap pusing... jadi tq, cuma rasa lemak sikit la..
Laporan oleh: sofinar

tahniah!

Dscf7278_resize
16-09-2008
sedap sangat..terima kasih lynnn
Laporan oleh: joayee

wah! marvelous! cantik..hehe. sama2

Pa120395
17-10-2008
Makaseyyyyyyyyy...bg resepi yg di cari2 selama ini....tgk karipap I tuh....sukati dia je ader yg pusing ...ader yg tak pusing....suka dia je!
Laporan oleh: MARRA HELLO

sama-sama, tak mengapa ..lepas ni buat lagi hihihi

100_2802
25-10-2008
senang jer..walaupun sedikit penat..dulu penah buat da,masa sek mengh..da lupa step..naseb baik jumpa kat My Resipi ni...thanks..lynn..pic ni yg lom goreng lg..da goreng cikit lupa nak snap..mmg rangup la...thnks a lot..
Laporan oleh: NoneUsagi

sama-sama..

Image002
25-11-2008
wat smlm utk sarapan pagi ni....mmg sedap, jalur gemilang pun dah cantik....tp sy x pndai nak kelim la....so x cntik sgt..nak wat guna acuan xleh plk sbb sy potong kecik2...tp xpe sbb sedap...mlm ni rancang nak wat lg...nantikan my report....nyum...nyum..
Laporan oleh: cik_ct1208

wah usaha tangga kejayaan kan ! Cuba lagi ...

Image004
26-11-2008
buat lg smlm...sedap...nyum..nyum..
Laporan oleh: cik_ct1208

sedapnyaaaaa!

Tea1
27-11-2008
Buat semalam untuk sarapan pagi tadi. Memang mabelessss...
Laporan oleh: jeezy

wah! lengkap!

Karipap_pusing
07-12-2008
tq....sedap... cuma letih menguli n mencanai...tp berbaloi...
Laporan oleh: nOOrsha

sama-sama. lebih sedap bila di uli sendiri.... betul tak ?

Karipap1
03-01-2009
setelah berkubang kt dapur, akhirnyer jadi gak pusingnyer....
Laporan oleh: sitinor

tahniah!

Dsc00337
16-01-2009
Ha ni I nyer..rupa ok lah tapi sangat rangup. X cukup nanti kena buat lagi.
Laporan oleh: oneferial

wah tak cukup tu, lepas ni kena ubi 2 adunan hehe

Dsc00086
28-01-2009
askum.ni kali 2nd buat,1st buat terus menjadi,tu yg rajin nk buat lg,x la susah sangat,cuma sakit belakang je nk mencanai tu...tp memang BERBALOI...SEDAP SANGAT...sejuk pun masih ranggup jg.TQ lynn atas keikhlasan beri respi ni dgn gmbar n penerangan yg cukup jelas.
Laporan oleh: Hoora-perantau

sama-sama, alhamdulillah

Img_3620
05-02-2009
lenguh jari2 tp TAK JUGA bminyak.akhirnya buat la jugak.jadi gak pusingan tu & rangup jugak...tq lynn
Laporan oleh: sofieza

sama-sama

Dsc05690
19-02-2009
utk mkn2 diptg hari , inti sardin kesukaan ramai .. lama gak ler nak menyiapkn karipap nih .. niway tks lynn
Laporan oleh: yatiezaini

sama-sama ;)

1_thn_4_bulan_005
30-04-2009
jeng!jeng!!..ni la rupe eh karipap pusing lisa..buleh ke cam ni cikgu? ni 1st time wt karipap ni. 1st time wat, trus cuba resepi ni. ranggup..tapi nak taye, kat lapisan dalam tu mmg kurang ranggup sikit ke atau lisa kena goreng sampai garing lagi? by d way, time kasih kongsi resepi karipap pusinggggg
Laporan oleh: lisa sharip

ya goreng sampai kuning keemasan, Api jangan besar sangat. Cuba lagi lepas ni...

Myr
09-08-2009
Selepas buat inti (resipi Joayee), saya buat karipap pusing ni.. gandingan yang mantap! Suami saya kata sedap karipap ni.. terima kasih Lynn!
Laporan oleh: Lynn Sham

sama-sama Lynn ;)

Karipap
07-09-2009
thanks lynn share resepi ni.. seronk dapat buat .. mencabar kemahiran untuk dapat pusingan yang cantik..
Laporan oleh: juwitajamaludin

sama-sama, alhamdulillah

Karipappusing
26-03-2010
buat sarapan pagi dn 1/2 bahagian dh difrozenkn,sedap,kulit yg garing.....tq Lynn... :)
Laporan oleh: kak fida

sama-sama ;)

K2
29-03-2010
byk yg tk pusing dr yg pusing.. nnti nk try lagik sampai jadik cantik like u! ppon tima kasih byk yer..
Laporan oleh: hana6877

Cuba lagi jangan putus asa

Karipap
22-12-2010
3rd time wat bru mjadi dgn cun le kirenye... TQ atas tunjuk ajar
Laporan oleh: nurizatti

sama-sama, tahniah!

Img_1344
02-04-2011
buat separuh adunan, gune inti sardin.rangup je kulitnya.terima kasih for the simple recipe
Laporan oleh: nuni

sama-sama

Img_2029
06-04-2011
walaupun sedikit hangit (gara2 goreng minyak sikit, tp tetap dipuji sedap) mmg best la
Laporan oleh: nuni

oh hehe, memang minyak perlukan banyak, baru menyeluruh karipap itu digoreng

Dsc02069
14-04-2011
terima kasih utk resepi... 1st time wat karipap, berjaya gak, walaupun x brapa nk jd, tp pusingan nya nmpk la ckit.. thanx
Laporan oleh: amybakawi

sama-sama, Cuba lagi ya

Img_2515
06-05-2011
buat separuh adunan, simpan dlm fridge.
Laporan oleh: nuni

betul tu

012
02-06-2011
setelah berposak-posak kat dapur untuk membeuat karipap nie...inilah hasilnya....cantik..sedap dan tembam hahahaha.
Laporan oleh: ctfatimahabkarim@yahoo.com

sukanyaaa... tahniah,

2012-04-17_20
18-04-2012
Salam Lynn....akhirnya menjadi jugak karipap pusing ni..mmg sedap n berbaloi buat mkn ptg hingga sarapan esoknya...puas hati....tq Lynn
Laporan oleh: inannazi

Salam, sama-sama..tahniah!

Dscn5543_1_
14-06-2012
Kli ni belajo wat karipap pusing lak...fuhh! mencabar sungguh...gambo ni yg blm digoreng...
Laporan oleh: ietabeepee
Dscn5537_1_
14-06-2012
ni pls slps digrng...cdp..berbaloi membuatnya...erm akak2 sume ( kak B, ucu, Kak Long, Kak zila ,Kak Z- sbhgian name jer) nak ke???
Laporan oleh: ietabeepee
191220127018
29-01-2014
terima kasih Lynn..kuih favorite saya..
Laporan oleh: ibufarzana

Komen (95)

21-07-2006, sya komen :

sedapppp... nmpak cara mcm susah tp xdela ssh sgt benarnya. tok guru dah tunjuk arituh. hehe...


24-07-2006, tea komen :

Salam, saya nak tanya bila masa kita nak letak inti dalam tu? Masa mula2 uli doh yg kecik sekali tu ker


26-07-2006, lynn komen :

tea; maaf lambat balas soalan. selepas step 6 tu selepas doh di potong 4 bhgn dan canaikan nipis baru letak inti. nanti saya editkan balik caranya.


30-07-2006, tea komen :

thanks lynn saya nak try buat esok lusa kalau buleh. rasa macam dah faham dah :-)


03-08-2006, julia komen :

hi lyn...saya nak tanya...itu 150gm margerin dan crisco...adakah ia separuh2 atau pun crisco letak sedikit e.g. 1 sudu kecil crisco ..? terima kasih


05-08-2006, lynn komen :

hai julia, salam kenalan. 1st time buat saya letakkan 100g arjerin : 50gcrisco. 2nd time buat 75g:75g, hasilnya.. yg 1st time doh tak rapuh sgt sms menggoreng. terpulang suka yg mcm mana...


05-08-2006, vdia komen :

oooo kena boh jumlah marjerin sama dgn crisco.. arihtu hanya letak 2 sudu besar je.. lain kali nak try buat cara lynn tu la..


07-08-2006, lynn komen :

vdia, resepi asal mmg tak tetapkan byk mana nisbah marjerin dan crisco tu. kita kena try n error la nampaknya. nanti ada ujian seterusnya saya bgtau kat sini...


07-08-2006, lynn komen :

tahniah vdia, cantik gambar karipap pusing tu. bestkan bila berjaya buat setelah bersusah payah.


08-08-2006, maini komen :

teringin sgt nak buat,tp inti nye cemana plak?


23-08-2006, julia komen :

hi lynn tks for yr info. dah buat tapi lupa nak ambik gambar! tapi hasilnya lumayan....!! terimakasih!!


25-08-2006, fairusza komen :

hurm.. macam mana lak ngan resipi intinya..bleh bagi tak resipi inti nya


28-08-2006, bunga001 komen :

crisco tu mende?...


28-08-2006, vdia komen :

crisco tu.. shorterning atau lemak sayur


28-08-2006, bunga komen :

tq vdia... kalo veg short mmg dah ade kat umah...


02-09-2006, syiera komen :

nyamm..........tak sabar nak cuba


24-09-2006, lisa komen :

ooo cam tue nak wat karipap tue igtkan kena pusing cam maner bru jd bntuk tue..


28-09-2006, ida komen :

kat mana biasanya nak dapatkan crisco tu....


02-10-2006, ApEk`D komen :

akak.... org dah test karipap nie.....wah..ingat kan payah sangat ..tapi...senang je....tak memenatkan pun....tapi tak rasa lagi pasal puasa...eee..tapi karipap nie...nampak cantik...la...lapar la..pulak... tq akak......:)


03-10-2006, ApEk`D komen :

errmm....semalam berbuka makan karipap buatan sendiri....syokk..nya..dah pandai..buat kuih yang sedap...terima kasih...yer akak....hari nie...org nak cuba resepi lain lak...ok..jumpa lagi....waaaaaalah..!!!


19-10-2006, QASIH BALQIS komen :

tq..dah lame dok carik resipi karipap pusing..yang ak pusing ader la...


08-11-2006, tichersu komen :

mUSTI TRY!!! SY PANDAI BUAT INTI TP BILA NK WAT PUSING STYLE....SELALU FAIL... TQ FOR THE PICTURES... IT HELPS!


14-11-2006, winter2 komen :

nampak cantik,kalau kita bekukan dalam peti ais masa goreng tu kulit karipap tu masih cantik mcm tu ke?


17-11-2006, ida-ayu komen :

Lynn boleh terangkan Step 5 - ambil doh gulung tikar. Canai hingga nipis. Sebelum di canai, doh tu di pusing dahulu ke supaya dia memanjang atau tidak? terimakasih


04-12-2006, lynn komen :

assalamualaikum kawan2.. mohon maaf sgt2 sbb dah lama tak log in ke myresipi. bz sgt. ok kpd yg dah mencuba tu tahniah diucapkan. sbnrnya resepi ini saya cari dah lama dan dah byk kali saya cuba. akhirnya saya terjumpa resepi di forum cari.com dan hasilnya... alhamdulilah, berkat sabar akhirnya berjaya. jd saya kongsikan ilmunya di sini. suka dgr ramai dah cuba dan berjaya. baguslah. maaf la resepi inti saya tak letak, selalu buat yg simple je klu tak pun inti sardin... hehe. ok saya ringkaskan di sini : shortening > boleh saja guna brand apa2, mcm kami di Jepun ada 2 pilihan crisco dan snowbrand, itu je yg confirm halal. winter2 > klu nak buat frozen, biasanya saya keluarkan di sblh mlm klu nak goreng utk esok pg. ni cth klu dah frozen 2-3 hari. biasanya seminggu tahan. ida-ayu > ok step no 5 tu, slps dah gulung mcm dlm gambar step 4, canaikan tipis memanjang hingga jd seperti gambar di step 6 (lonjong). kan gambar 4 tu sbhgnnya belum di gulung, jd ida-ayu gulung spt gulungan tikar dan canai tipis.


04-12-2006, lynn komen :

ooppss pembetulan komen terdahulu, * step 6 tu sepatutnya step 5.


19-12-2006, archicute_02 komen :

wah..!!!! terima kasih pada lynn, akhirnyer jadi juga saya buat karipap jenis ni..sedap..terima kasih!!! dengan bantuan gamba tu..membuatkan kerja nak buat nyer jadi senang...TERIMA KASIH. best tau!!


19-12-2006, umi_e komen :

ermmm umie dah give up buat karipap gulung :(( wawawaaaaaaaaaa sebab macam2 resepi try tak menjadi but yang ni rasanya boleh try... kalau jadi boleh sorak2 happy hehehehhe insyaallah will try hujung minggu nanti... will give feedback kalau jadi ok... TQ lynn sebab share


20-12-2006, syaya komen :

dah cuba tapi x brapa nampak gulungnya, x tau apa salahnya.


22-12-2006, syazy komen :

Step 5 : Ambil doh golong tikar. Canai lg hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. akak nak canai kali kedua ni nak ikut arah gulungan tu ke lawan arah gulungan..ke cemana2 pon boleh?


26-12-2006, skyblue komen :

lynn, camne nak masak inti dia? ada resepi?


26-12-2006, yana komen :

a'ah.. la, ade sesiapa yg tahu camner nak wat inti karipap yg best gitu... bleh kongsi x


27-12-2006, umi_e komen :

susahlah nak kata best ke tak yana... sebab kalau ktia kata best nanti orng rasa tak best :P


27-12-2006, lynn komen :

syaya; cuba lah lagi, susah nak kata sbb apa tak nampak jalur, mula2 dulu oun saya buat tak nampak gak. mgkn bhgn butter tu tak jelas sgt.


27-12-2006, lynn komen :

syazy; mmm tu la kalau leh tjk video kan bagus erk, hehehe... well, cam ni lepas je dah golong mcm dlm gambar, kan btknya memanjang/lonjong. pastu tipis/canaikan/tekan lg hingga nipis (tapi perlahan2/berhati2 sms proses ni). bila dah nipis golong semula mcm golong tikar dan potong kpd 4 bhgn. maknanya di step ke 5 proses golong tikar dibuat sbyk 2 kali. mmm faham ke syazy ?


27-12-2006, lynn komen :

skyblue dan yana; ok nanti saya tuliskan resepi intinya yg selalu saya buat. tp tu la mcm umi_e bgtau ler, inti karipap ni ikut selera anak tekak masing2. ada tu suka letak sardin je. klu saya suka gunakan kentang sbb manis2 gitu ;).


28-12-2006, oogy komen :

lynn, saya tak berapa faham la bila sampai kat step 6 tu..boleh tolong terangkan lagi?? maaf la ye nyusahkan lynn....saya nak sangat buat....


28-12-2006, oogy komen :

crisco tu lemak sayur ke??


28-12-2006, lynn komen :

oogy; ok baiklah, saya akan edit sdkt bhgn 6 tu buat sementara ni, kwn2 dan uugy try tenguk link web free saya ni hehe.. dah lama buat tu dulu saja suka2 http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm


28-12-2006, lynn komen :

sorry oogy silap taip yr name tadi ..


29-12-2006, oogy komen :

takpe, tak kesah pun..thanks coz sudi kongsi resipi


29-12-2006, oogy komen :

lynn.. 150g magerin & crisco tu saya kurang faham..sukatan dia untuk 150g magerin n 150g crisco ke??? or 150 tu untuk sukatan bagi magerin n crisco bersama???


30-12-2006, lynn komen :

oogy; saya dah ubahkan bahan tu kat atas... sukatan tu marjerin bersama crisco.. kira 75gm:75gm la or agak2 je tak pe..


04-01-2007, syaya komen :

karipap nie bila panas memang ranggup (crispy) tapi bila sejuk dia kurang ranggup tetapi tetap lembut. Kalau kita nak karipap nie ranggup walaupun sejuk, nak tambah ape ye, boleh tak sesiapa beritahu, terima kasih.


22-01-2007, skyblue komen :

Lynn, terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resepi ni... both my fiance and i like this puff very much. I made a lot and keep in the freezer, when we want to eat just pop a few into the hot oil. soooo easy! thanks!


01-02-2007, christinegan komen :

hello, Lynn..boleh saya tanya mengapa kita hendak buat doh minyak tapi tidak hanya guna doh air untuk buat karipap? adakah doh minyak akan jadikan curry puff lebih rangup?hope to get ypur reply...thanks...:)


01-02-2007, minami133 komen :

biasa i buat gune butter ajer... so far ok ajer.. rangup!!crisco tu aper erk.. tak pernah pulak gune..


01-02-2007, christinegan komen :

bila serach web, saya dapati ada dua cara unyuk letak marjerin dalam dough..1 is campur marjeriin dan air sekaligus bila buat dough..lagi satu ialah pisahkan langkah macam cara lynn iaitu buat dough majerin di bahagian dalam dan dough air di bahagian luar...mana rasanya lebih sedap??thanks minami133 komen....:)


01-02-2007, skyblue komen :

christinegan, tujuan guna doh air dan doh minyak adalah untuk menghasilkan corak pusing. Klu guni 1 jenis doh je dia akan melekat, tak nampak corak pusing yg cantik. correct me if am wrong.


12-02-2007, skyblue komen :

cik mat, umie, yani or siapa2... i nak buat 120 curry puff, berapa kg kentang untuk inti dia?? 2 kg cukup tak?


12-02-2007, Lilydvalley komen :

rasanya kan sky... adik ipar i penah cakap... kalo nak buat karipap, 1 kg tepung, kentang pun 1 kg. Dia mmg buat kuih utk dijual. tapi itu kalo x silap i la... i x de no hp dia nak tanya. Cik Mat kita, leh tlg?


12-02-2007, skyblue komen :

thanks lily... esok i gi beli kentang!


26-02-2007, jalanhilir458 komen :

mana nak cari crisco tu.... dah puas pergi supermarket...teso, jaya jusco, care four... tak jumpa pun... tolong ya mana nak dapatkan benda tu... saya nak sangat cuba resepi karipap pusing lynn tu..


26-02-2007, Lilydvalley komen :

jalanhilir, crisco is brand name of shortening. Kat M'sia susah sikit nak cari. guna aje any type of vegetable shortening.


24-06-2007, lyana85 komen :

Dah buat dah..cantik n sedap...1st time berjaya pusing2..ahaks...


27-06-2007, ina komen :

bila kita letak inti tu kan, kita letak di atas doh atau terbalikkan selepas dicanai?


12-11-2007, versatile komen :

Crisco yang saya tahu, mengandungi campuran lemak babi, saya mengetahui nya melalui seorang pembekal bahan-bahan membuat kek dan biskut. Pembekal ini adalah muallaf (china masuk islam). Itu lah yang diberitahu kepada saya, dan sebagai ganti kepada Crisco, kita boleh shorterning sayuran ataupun shorterning yg dibuat dari kelapa sawit. Saya hanya ingin berkongsi perkara ini dan harap maaf jika ada yang terasa.


07-12-2007, alyasuraya komen :

bo ker nak guna bread softner ganti crisco tu?


08-12-2007, Lilydvalley komen :

alysuraya, tak boleh ganti crisco w bread softner. Criso brand name for shortening (fat). So ganti ngan any brand of shortening or margerine or butter.


11-12-2007, NorYus komen :

dah try bt...best sgt2 rangup...ermmm tp bt stgah adunan sj...sok nak bt lg...tp bila goreng 2 karipap 2 teuka kat jalur2 kenapa?


11-12-2007, NorYus komen :

tebuka n pecah2 sket


15-02-2008, zakiahembi komen :

salam..alhamdulillah ..saya dah lama berangan nak buat karipap pusing tapi xde resipinya.. baru 3bulan dpt laptop.. tiap mlm brouse la satu2 web.. baru hari ni buka web ni terjumpa la resipinya.. suka sngt2t. bahan semua dah ada mungkin hari ni boleh cuba buat..terima kasih pd liynn.. n pd sume2 yg mmbri tips utk perbaiki..


25-04-2008, nieza5628 komen :

salam hai lynn....tlg la bg nisbah bahan-bahan 2 betul2x ssh la....tk pandai nk agak-agak....


03-08-2008, amirza komen :

memang dah lama nak cuba buat karipap pusing ni tpi xde resepi... baru hari ni buka web ni guna kmputer anak. akan mencuba dalam waktu yg terdekat ini. tq lynn


16-08-2008, maz76 komen :

memang best! tapi biasalah kalau ada anak2 masih kecil, tak boleh concentrate kita dibuatnya. pusing tu tak menjadi sangat


17-11-2008, mine komen :

kenapa karipap pusing sya x jd spt bntuk karipap pusing... jika kulit nya tebal sdikit, lapisan dalam agak liat stelah sejuk..


12-12-2008, nazilah komen :

150gm marjerin+crisco it's 150gm marjerin and 150gm crisco??


21-01-2009, Hoora-perantau komen :

askum.mine,jgn ptus asa msti ada yg x kena dgn cra mine buat tu,sbb ramai yg dah buat menjadi.cuba lg ya


13-02-2009, meen mukrim komen :

tima kasih semua..akhirnya jadik gak karipap pusing...sedap walaupun rupanya x berapa elok...hehe akhirnya dpt gak mkn karipap pusing....


26-04-2009, mengkudu komen :

Aku baru dpt resipi nih!nanti aku cuba...tq lynn..........


20-08-2009, Scha Hansha komen :

mmg feveret ni, tp mcm komplex je nk wat.. klu ad msa mest kn try resipi best lynn ni.. hehe


11-09-2009, redapple komen :

Memang bestlah!!!Dah try semalam...menjadi. Sedap,rangup. Saya guna 75g crisco dan 75g marjerin. Dah lama cari resepi ni...baru sekarang dapat...Thanks lynn for the recipe!


01-10-2009, safana komen :

aku cari resepi ni pasal suami suka sangat ngan karipap pusing...nanti au cuba


05-11-2009, sarimah_roslan@yahoo.com.my komen :

saya bru joint..


06-01-2010, aisy aisyah komen :

huhuhu...nampak power je...nak try buat tp tkut plak x jd


17-03-2010, lidatie komen :

tq empunya resepi..saya dah cuba buat karipap ni..menjadi.rasapun sodap tapi rasa muaklah ckit.napa yek?


28-03-2010, rizanie komen :

salam...klu crisco tu di gnti dgn lemak sayuran @ shortning leh x. pernah uat tapi bila goreng dia cair la tpeng yang mrjerin tu.


25-11-2010, Qaseh Lina komen :

crisco tu mcmna?


11-01-2011, anurilfitri komen :

saya dah cuba..shortening x letak pon..pakai marjerin jer...hasilnya ada yg pusing ada yg x pusing...janji sodap...


15-01-2011, ani sa komen :

emmmm karipap pusing mmg sedap .....saya dah lama tak wt .dulu saya rajin wt dan bawa kt tempat kje .ramai kawan -kawan suka ..ada kawan -kawan minta saya wt frozeen .tapi saya tak larat ...kalau ada masa buat karipap ni pun leh jadi duit .....saya baru nk join group ni leh kan?


07-02-2011, shifa homemade recipe komen :

smlm sya dh bertungkus lumus 1st time buat karipap xkira pusing ker biasa..hehehe..akhirnya suami kta okla jdi.cma nk tny,cra nk letak inti tu,da syarat x? sbb da karipap yg npak pusing ada yg x npak pusing


16-02-2011, mahyunabdullah komen :

salam..baru je join..bila tgk resepi lynn ni..sebijik mcm yg arwah mak ajar..mmg sedap....


14-03-2011, kemi komen :

hahahahahah~~~~


02-04-2011, maria78 komen :

salam.. kak lyn,pertame kali buat karipap pusing mjadi..tp sye xsempat nk ambik gambar..tau2 jela, dh sedap..kikikiki..lame giler buatnyer..dr kol 4:30 ptg sampai kol 9mlm br siap habis.(nsib baik xsmpai ke subuh)hahahahhaha...pas tu mlm tu gak goreng yg selebihnyer simpan..sbb byk sgt..dpt 80biji.penat tol smpai lenguh tngan..huhuhu...ape pon 10Q kongsi resepi..


02-04-2011, ctzie komen :

salam semua...sis maria78 nk tya sket saya pn baru 1st time wat..tp napa ada yg pusing ada yg x yer..??sis punya smer ada jalur ker..selepas gulungan pertama tuh sis nk terap balik kena buka gulungan tuh ker atau terus terap jer tanpa buka gulungan...tq kalu sudi jawab sbb sis dah ader experience utk 1st time..


26-04-2011, jaysha64@hotmail.com komen :

saya nak tahu mcm mana nak buat karipap pusing tu bila dah sejuk masih rangup juga


29-04-2011, nak cari resepi komen :

macamane nak elakkan karipap pusing ni dari terbuka jalurnya sewaktu menggoreng.....bila terbuka habis intinya masuk kedlm minyak goreng.


29-06-2011, ain azmi komen :

mencari resepi karipap pusing.... coz xpandai nk wat jalurnya 2....hehhehe.....mintak izin share resepinyer yer....;p


01-07-2011, my'maiya komen :

sedap.......... terima kasih atas resipi ini. suami saya suka inti bilis campur telo. minggu nie nak buat lagi la...


20-07-2011, D'Berry komen :

saya sudah cuba karipap ni hari tu. my family suka :) thanks soo much for the resipi. sedap dan rangup. if dapat share resipi inti karipap lagi best ^_^


13-09-2011, nnhani komen :

nampak sedap. mesti cuba ni.............


04-12-2011, zuriaiti komen :

tq tq tq tercapai jua hasrat buat karipap pusing ni ,anak2 n suami tak putus2 puji...hah seminggu 7 hari drg mnta buat karipap ni..hehehe x jemu tapi pinggang i yang x tahan.....


03-02-2014, itabob komen :

Lynn, ita cam nak cuba, tapi x tau la bila...Lak tu ada kwn kita update kata buat dr jam 4.30 ptg siap jam 9 mlm.. Aduh2.. bg org brkrja cam ita susah ckit kot.. Apapun masuk list la coz dah ada permintaan dr hb n anak2... huhu..


17-03-2014, humaidatul komen :

bila la agaknya nk mencuba buat karipap pusing ye..huhu mcm best je


17-03-2014, humaidatul komen :

en.tunang ni belum apa2 lg dh request karipap..adoi..nasib baik dapat resepi kt sini..hihi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu