Google+

oleh: Cik pasta Macaroni Cheese - Senang Punya

2011-10-18_22

Masakan western, masa penyediaan lebih kurang 40 minit.


Created on : 21-10-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Cik pasta




Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 200g macaroni – rebus dengan air dan garam, jgn lembut sangat
  • 200g mozzarella cheese
  • Untuk sos putih:
  • 25g mentega
  • 125ml susu full milk/fresh milk/ low fat pun boleh
  • 1-2 keping cheddar cheese
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ sudu kecil lada sulah/lada hitam
  • Secubit garam – ikut tahap kemasinan masing-masing
  • Untuk Bolognese:
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar Holland – potong dadu
  • ½ peket minced beef/chicken – aku guna brand Ramly yang terbaru tu
  • 1 peket tomato cheery - hancurkan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • ½ tin cendawan butang – potong nipis2

Cara-cara

  1. Cara2 memasak sos putih: -
  2. 1)Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan susu.
  3. 2)Masukkan cheddar cheese dan kacau sehingga cair, masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk elakkan bergumpal. Kacau sehingga betul-betul hancur.ntuk isi cara-cara di sini
  4. 3)Masukkan lada sulah dan sedikit garam.
  5. 4)Kacau sehingga kuah pekat dan matikan api. (Biar seketika)
  6. Untuk Bolognese:
  7. 1)Tumis bawang besar dengan minyak sehingga kekuning-kuningan.
  8. 2)Masukkan tomato ceri dan gaul sehingga tomato hancur.
  9. 3)Masukkan daging cincang tadi, kacau sehingga daging betul2 masak.
  10. 4)Masukkan sos cili, sos tomato dan rasa.
  11. 5)Masukkan garam dan lada sulah.
  12. 6)Masukkan cendawan butang dan biarkan sehingga semuanya masak.
  13. Cara2 memasak macaroni bakar:
  14. 1.Sapu minyak pada loyang/bekas macaroni.
  15. 2.Masukkan macaroni yang direbus tadi dan tuang sos putih ke atasnya. Gaul rata sos putih dan macaroni.
  16. 3.Tabur mozzarella cheese atas sos putih dan macaroni
  17. 4.Tuangkan kuah Bolognese atas macaroni. Sapu biar semua rata.
  18. 5.Taburkan mozzarella cheese sebanyak yang diinginni
  19. Panaskan oven 180 C, masukkan loyang dalam oven dan bakar selama 30 minit guna api atas bawah. Bakar lagi 10 minit guna api bawah sahaja kalau macaroni tak melekat.








Laporan Masakan Bergambar (1)

Image
21-02-2013
Actually nk serve utk lunch tp tukang buat da rs dlu huhu.. Xbrp melekat tp mmg sdp..!!
Laporan oleh: arni.achid

Komen (6)

22-10-2011, animamat komen :

Must try! ni children's pevret! My version x letak sos putih..... so i must try this 1!!!TQ cik pasta!!!!!


22-10-2011, Cik pasta komen :

Puan animamat...terima kasih kerana mengomen...sy lupa nak bgtau tips..white sos ni pun sesuai sgt mkn dgn macaroni shj...rasa white sos yg lemak2 masin n sedikit herbs sedap mkn dgn macaroni tu...sy try rasa sementara tggu kuah bolognese masak...guna2 bhn2 fresh lg bt macaroni tu rasa enak...selain daging cincang,blh juga guna daging burger atau sosej...nk masak sng jer..guna saja bahan yg ada dlm peti ais...


26-11-2011, wawa85 komen :

tq 4 de recipe..tp sy wat xmelekat la cik Pasta even da tmbh 10min..nape ek?apapun sedappppp sgt..lg sedap dr beli n senang dibuat..heee..


05-12-2011, Cik pasta komen :

wawa85. terima kasih kerana mencuba resepi sy. resepi ni agak susah melekat. klu wawa nk bg melekat semua, wawa letak telur masa mengaul macaroni n white sos tu..sy xlalu sgt klu ade telur sbb dh ade cheese..tkt bertmbh muak.tp terpulang pada selera masing2 ya...terima kasih sekali lg...


17-04-2012, ct_fyrus komen :

cik pasta bakar guna ape yer?


21-02-2013, arni.achid komen :

I will try this today :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu