Google+

oleh: Delila Baby Fairyland

Baby_fairyland

Makanan bayi 12 bulan ke atas.


Created on : 23-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Delila




Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 2 sudu besar beras.
  • 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
  • 1 pokok sawi dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
  • Sedikit kiub ayam tanpa msg
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
  • Sedikit santan
  • Sedikit isi ayam yang dicincang
  • Sedikit daging yang dicincang
  • 500 ml air
  • Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

  1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
  3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
  4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
  5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (1)

06-05-07_0802
07-05-2007
cute da try resepi ni. mmg sedap. bukan aje baby cute yang makan, tapi adik ipar cute pun makan jugak. sedap la..
Laporan oleh: cutevirus8

kikiki...mak budak pun suka makan kan?? sedap...TQ cute sb sudi try...



Komen (13)

24-04-2007, zaliana komen :

hmm.. masa baby i kecik dulu kalau buat bubur nasi mesti buat lebih sikit..sebab mama dia pun suka makan makanan baby nih! sedap ape..delila..ade resipi untuk todler umur 2-3 tahun tak??


25-04-2007, cutevirus8 komen :

my baby umur die dah 10 bln. tp die taknak la makan bubur, nestum, rusk n other baby food lagi la taknak. makanan lembik2 pun taknak. die lebih minat nak makan nasi je. cam ne nak buat ye? cute bagi die makan nasi. kekadng masak singgang, sup sayur, bening sayur... tak pe ke? garam plak cute pakai garam bukit...


25-04-2007, Delila komen :

cutevirus8 :dah tumbuh gigi ke baby cute tu?


27-04-2007, admin komen :

thanks delila kerana berkongsi resepi di sini, berikut adalah artikel yang saya jumpa mengenai penggunaan garam dan gula untuk makanan bayi, sekadar untuk rujukan semua.. http://www.tinytums.co.uk/content/baby_7_to_12_months/faqs/adding_salt_to_baby_food.aspx http://www.babycentre.co.uk/baby/startingsolids/saltexpert/ http://www.askdrsears.com/html/3/T032300.asp http://www.choice.com.au/viewArticle.aspx?id=105577&catId=100515&tid=100008&p=1&title=Up-market+baby+food


27-04-2007, cutevirus8 komen :

baby cute da tumbuh gigi. dah 4 batang. 2 atas 2 bawah..


03-05-2007, Delila komen :

TQ admin


07-05-2007, cutevirus8 komen :

Delila: resepi u memang sedap. baby cute suke makan Baby Fairyland nih.


15-05-2007, Monique komen :

belum cuba lagi...p nampak sedap...jgn2 bapa bayi pun nak lagi...hehehe


17-05-2007, illa komen :

delila kalau ada resepi untuk baby 2-3 tahun pun ok gak sebab pening kepala bak bg mkn ape, anak makan ikut mood dia


17-05-2007, noorkamalmy@yahoo.com komen :

resepi ni sy da cuba mmg sedap.. baby saya suka sgt.. actually baby da umo 15 mths gigi 4 btg je.. itu yg kena masak bubur2 cam ni..


17-05-2007, noorkamalmy@yahoo.com komen :

bubur baby fairyland letak sawi kalau ada resepi best, bagila lagi.. hihihihii


01-12-2008, cahayer komen :

just nak tanya.. mana nak cari beras wangi hancur?.... brnad jasmine ke... ade nampak tak kat mane2. biase packing 1 kg je... email saya cokelat6282@yahoo.co.uk


23-05-2009, airuslufia komen :

mana nak cari kiub ayam tanpa msg or kena buat sendiri ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd