Google+

oleh: sevenoctober Cake Pop

307664_10150283072733733_655638732_7928214_1578170836_n

kalau ada lebihan2 kek yg tak larat nak dihabiskan, boleh aaa buat Cake Pop ni sebagai alternatif untuk habiskan kek tersebut. Simple Ingredient. Kat Jepun ni jual RM10 sebijik.


Created on : 08-09-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sevenoctober




Bahan-bahan ( 20 biji ++ )

  • Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
  • 50g butter (unsalted)
  • Sprinkle warna warni
  • Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
  • Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
  • Kotak polistrene
  • 1.5 tbsp Shortening / butter
  • Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
  • 1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
  • 2- Sprinkle warna-warni
  • 3- Chocolate rice
  • 4- Eadible Beads
  • 5- Smarties / M&M

Cara-cara

  1. Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
  2. Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
  3. Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
  4. Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
  5. Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
  6. Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
  7. Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
  8. Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
  9. Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (1)

Cake_pop_1kecik
09-09-2011
ini la rupa cake pop yg telan di packing.. mcm rupa lolipop..
Laporan oleh: sevenoctober

Komen (12)

08-09-2011, tasriffyra komen :

Mcm bez tap sygnyee pict xde laaa..xdpt nk mbygkn rupenye camnee.... 


09-09-2011, sevenoctober komen :

hmmm.. nak upload gambar sebenarnya, tp mcm ada problem server je.. dah upload tp gambarnya x keluar.. oh kenapa kah?


09-09-2011, lady_effa komen :

kreatif.. bley masukkan dlm goody bag besday ni.. tq 7oct


10-09-2011, maladong komen :

Kretifnye.......baru terfikir nak buat apa untuk birthday anak saya tak lama lagi. Sekarang ni dah ada idea. Senang, cantik plak tu. Mesti budak2 suka. Terima kasih ya 7 october.


10-09-2011, baru_belajar komen :

maladong : bezday sy lak 11 oct hhaha dekat2 nan bezday anak awak :D mekasih owner resipi nie sy akn cuba X3 nak sedap sgt ^_^


11-09-2011, sevenoctober komen :

hehe.. thanks semua sebab sudi menerai.. nanti mohon antar report ye..


13-09-2011, rahel komen :

sevenoctober,cutenye cake pop,Rahel suke sangat.


13-09-2011, yongnani komen :

7oct...tq, suke lah...kreatip betoi...nanti x yah susah hati kalo ade kek yg x habis...;)


13-09-2011, abeza624 komen :

suka,suka....anakk2 lagila sukaaaa....tq ye...


21-09-2011, tasriffyra komen :

Wahhhh sukeee sukeeee sukeeeeee.....chantekkknyee n khiyutt....tap nk tanye sikitla....shortening butter tu camne gupenye..emm kalo kite gantikn menda lain leh x..tq


21-09-2011, tasriffyra komen :

1 lg soklan...kek tu yg mcm kek bday / pun kek2 pandan yg biase tu ke...pastu butter unsalted tu buttercup ke..tq


04-10-2011, sevenoctober komen :

mintak maap sebab lambat reply.. Untuk shortening tu adalah vegetable shortening. Kalau takde shortening tu, boleh guna butter pun boleh. Buttercup pun boleh digunakan jugak. Apa2 brand butter pun tak kisah. Janji kat label tu ada tulis unsalted butter..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd